Kekecewaan yang kita hadapi ini tak
semestinya ia dapat menjatuhkan martabat kita sebagai orang insan, namun
kita harus lebih tabah dalam menempuh segala yang mendatang. Namun
harus diingatkan juga, kejayaan yang hadir tak semestinya menjadikan
kita satu kebanggaan kerana ia lebih bermakna kalau kita sendiri yang
melakukannya.
Terima Kegagalan Dengan Positif
Siapa
yang tidak kecewa apabila menerima kegagalan dalam peperiksaan atau
keputusan temuduga dan sebagainya. Terasa pedih apabila tidak dapat
menerima kegagalan yang dialami.
Tak
ramai di antara kita yang boleh menerima kegagalan dengan berfikiran
positif malah lebih buruk mula memikirkan kehidupan yang terlalu sukar
untuk diharungi selepas menerima kegagalan.
Jangan sedih atau bermurung bila menerima kegagalan. ALLAH S.W.T sentiasa menguji hambanya mengikut kemampuannya.
Orang
yang berjaya sentiasa memikirkan kegagalan adalah menjadi titik
permulaan untuk menjadi lebih hebat. Dari kegagalan mereka tahu
kelemahan serta memperbaiki kelemahan yang ada dari hari ke hari
sehingga ‘eksprimen’ membuahkan hasil dan berjaya.
Nilai Martabat Dalam Kehidupan
Nilai
martabat dalam kehidupan yang baik adalah mereka yang gagal dan terus
berusaha untuk mencapai kejayaan dunia & akhirat diiringi dengan
unsur keislaman.
Manakala nilai
martabat dalam kehidupan yang buruk adalah bagi mereka yang gagal dan
tidak berusaha serta mensia-siakan peluang-peluang yang ada. Di tambah
pula, mula menjauhkan diri dari unsur keislaman.
Nilailah
martabat kita sendiri dalam kehidupan sama ada baik mahupun baik. Ya,
kita Semua takut gagal, kalau tak kerana gagal manakan tahu kelemahan
itu datang. Cari mana faktor kegagalan kita dan mulakan untuk mengecapi
kejayaan sekali lagi. Andai jatuh, bangunlah sekali lagi.
Kesimpulan
Percaya
pada diri sendiri untuk melakukan apa jua perkara, walaupun kita tiada
kebolehan dalam bidang tersebut. Tiada manusia yang dilahirkan semula
jadi pandai dan kita juga boleh pandai jika kita benar-benar
inginkannya, Jangan takut gagal, sekurang-kurangnya kita tidak menyesal
kerana telah mencubanya.
http://www.adarain.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan