Selasa, 4 Mac 2014

MahalKan Diri Mu Wahai Wanita


wanita

MahalKan Diri Mu Wahai Wanita

Wanita ini diciptakan oleh Allah dengan penuh kecantikan dan kehalusannya. Terdapat banyak keistimewaan dalam diri seorang wanita. Wanita juga adalah salah satu tonggak utama untuk membina ummah.

Dial ah yang mendidik anak-anak nanti sedari dalam kandungannya, hinggalah si anak itu membesar menjadi seorang manusia yang berguna untuk masyarakat dan juga agama.

Namun, untuk menjadi wanita berjaya mendidik anak-anak ini adalah bukan wanita yang lemah. Bukan. Bukan lemah dengan hawa nafsu dan godaan dunia.

Di sinilah kita perlu memahami aspek-aspek tertentu untuk menjadi seorang wanita yang berjaya yang sentiasa menuju kea rah ciri-ciri wanita solehah.



Pernah Melakukan Kesilapan Sebelum Ini

Ramai individu apabila di ajak untuk merubah diri dan peribadi, mereka mengatakan mereka telah banya melakukan banyak kesilapan dalam hidup.

Dan satu persoalan yang amat menjadi keraguan mereka adalah, “adakah masih mampu dan layak untuk menjadi seorang wanita yang di segani, dan wanita yang benar-benar hebat?”.

Satu jawapan yang mampu saya katakana adalah peluang untuk merubah diri itu selalu ada selagi mana hidup kita belum berakhir. Kadang-kadang Allah uji kita dan dalam ujian itu kita rebah.

Waktu tu mungkin kita rasakan keperitan itu.

Namun, renungkanlah, bukalah sedikit minda kita dan positifkan fikiran kita. Mungkin di sebalik ujian itu, ada sesuatu yang perlu kita pelajari.

Yang paling utama adalah bersangka baik pada Allah. DIA Maha Penyayang dan Maha Mengasihani.
Mohonlah keampunan dariNya dan berusahalah menjadi wanita dan individu yang hebat.

Tidak mustahil anda mampu berjaya menjadi seorang wanita hebat dalam menegakkan agama Islam ini.

Wanita Semakin Murah

Wanita kini, jika kita lihat ramai yang tergoda dengan hawa nafsu dan keindahan dunia. Sebahagian besar dari golongan ini berusaha berpakaian mengikut ‘trend’ terkini.

Rambut di warnakan, aurat tidak di jaga.

Tidak kurang juga mereka yang percaya kepada sang kekasih yang berkata-kata manis sehingga menyerahkan segalanya sebelum menjadi yang halal bagi seorang suami.
Jika benar mencintai sang kekasih itu, kenapa menjadi terlalu murah?

Bukankah jika mencintai, kita takut akan sang kekasih itu di bakar di neraka sana dek kerana silap kita?

Tidak kah kita terfikir akan semua ini.

Tidak menutup aurat, bergembira bersama sang kekasih tanpa ikatan yang menghalalkan segalanya, meninggalkan solat itu memang seronok di dunia ini.
Kerana kita tidak terikat pada satu peraturan yang agak menyulitkan diri.

Namun, perlu di ingat, adakah diri kita ini akan selamanya hidup, tanpa di hisab perlakuan kita ini?

Beginikah seorang wanita yang ingin menerajui sebuah rumah tangga bersama suami? Beginikah keadaan seorang wanita yang ingin melahirkan seorang insan yang cemerlang?

Mampukah kita menjadi seorang wanita hebat, jika di dalam diri kita ini tidak terdetik untuk berubah. Tepuklah dada, tanya hati dan iman anda.

Jangan sesekali menjadi wanita yang murah. Jangan sesekali meneruskan untuk menjadi wanita yang tidak solehah. Mahalkan diri anda pada pandangan ajnabi.

Dekatkan diri pada Allah. Memang tidak mudah untuk melakukan semua ini. Tapi, percayalah kesan nya adalah sesuatu yang sangat manis.

Penutup: Mahalkan diri anda wahai wanita, masih belum terlambat untuk berubah.

Mulai saat ini, bangkitlah wahai wanita.

Sedarlah yang diri kamu itu begitu berharga. Dekatkan diri pada Allah agar timbul satu benteng iman yang mewujudkan rasa  malu dalam diri kita.

Malu untuk mendedahkan aurat, malu kepada golongan ajnabi.

Dan yang paling penting, malu kepada Allah swt. Jika kita pernah tersesat di bumi ini, carilah jalan untuk kembali.

Mulakan sesuatu yang baru dalam hidup kita. Tidak rugi jika kita berubah dan mendekatkan diri pada Allah.

Untuk berubah itu tidak mudah, untuk jadi wanita yang hebat itu tidak mudah.

Tapi ianya pasti akan berhasil jika kita terus berusaha dan memberi pergantungan sepenuhnya pada Allah swt. Mahalkan diri mu wahai wanita agar mampu menjadi seorang wanita yang hebat yang mampu melahirkan generasi-generasi yang hebat.
Dekatkan diri pada Allah, raihlah cinta dan redhaNya. Hidup ini hanya sekali. Jangan di sia-siakan. Sekali silap, tidak bermakna anda sudah tiada peluang untuk berubah!
 http://akuislam.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...