Selasa, 4 Mac 2014

Empat Perkara Berharga Dalam Hidup


Jangan pernah hilang dengan 4 perkara yang amat berharga dalam hidup ini. Tiada apa yang perlu di banggakan selagi kita dikurniakan ruang untuk hidup. Dunia ini di ibaratkan sebagai penjara bagi orang mukmin dan dunia ini juga di ibaratkan seperti syurga bagi orang kafir. Kerana apa?

Untuk menuju syurga itu tidak mudah dan orang mukmin itu sering di uji dengan kesukaran.
Ada empat perkara yang berharga dalam hidup kita sebagai manusia.


  1. Akal
  2. Agama
  3. Malu
  4. Amal soleh.
Dan ianya juga boleh hilang di sebabkan empat perkara..
  1. Akal boleh hilang disebabkan marah.
  2. Agama boleh hilang di sebabkan dengki.
  3. Malu boleh hilang disebabkan tamak.
  4. Amal soleh boleh hilang disebabkan suka menceritakan keburukan orang.
Itu saja perkongsian dari saya.. Selamat beramal!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...