Penyanyi Mizz Nina nekad membuat keputusan untuk berhenti daripada melibatkan diri dalam bidang nyanyian.
Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman berkata, dia berbuat
demikian kerana ingin menjadi seorang wanita Islam yang lebih baik dan
langsung tidang menyesal dengan keputusan tersebut.
"Saya buat keputusan ini bukan kerana mengikut kesesuaian imej
semata-mata tetapi ia lebih melibatkan tentang kepercayaan saya terhadap
Islam.
"Alhamdulillah, tidak berat sebenarnya membuat keputusan ini. Lagipun,
dalam dunia seni, banyak lagi perkara yang boleh saya lakukan sebagai
contoh membaca puisi atau melibatkan diri dalam pengacaraan," katanya.
Tambah isteri kepada vokalis Hujan, Noh Salleh itu, dia juga telah
membatalkan hasratnya untuk melancarkan album muzik pop terbaharunya dan
bersyukur kerana langsung tidak berasa menyesal dengan keputusan yang
dilakukan itu.
Dalam pada itu, sebagai langkah pertama di
bidang pengacaraan, Mizz Nina bakal muncul di televisyen bagi
mengacarakan sebuah program kanak-kanak berbentuk keagamaan tidak lama lagi.
"Saya tidak boleh beritahu lagi judul program tersebut kerana ia akan diberitahu pada majlis pelancarannya.
"Apa yang saya boleh katakan saya mengendalikan program tersebut dalam
bahasa Inggeris dan ia lebih memaparkan mengenai akademik kanak-kanak,"
ujarnya.
Sementara itu, Mizz Nina turut berkata, dia akan menghentikan
pengeluaran pakaian di bawah jenama miliknya iaitu Mizz Demeanor dan
hanya akan fokus kepada jenama pakaian muslimah yang baharu ditubuhkan
iaitu Madeena.
"Apa yang saya lihat, sejak menubuhkan Madeena, para peminat lebih
teruja dengan rekaan terbaharu jenama ini berbanding Mizz Demeanor.
"Kerana itu saya membuat keputusan untuk tidak lagi mengeluarkan pakaian
di bawah label Mizz Demeanor. Lagipun menerusi Madeena, saya dapat
mengembangkan label ini dengan pengeluaran pelbagai produk halal,"
tuturnya.
mstar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan