Kalau korang punya pasangan ada menunjukkan ciri-ciri @ tanda-tanda seperti dibawah ini. Itu maknanya perhubungan korang dalam tahap bahaya dan harus berhati-hati. Kerana cinta itu bakal punah…. huhu
- Malas angkat telefon
- Mula bagi macam-macam alasan
- Buat buat macam-macam hal
- Asyik-asyik cakap malas, malas, malas…
- Bila ajak keluar, asyik-asyik kata dia busy, sibuk memanjang
- Mula keluar dating dengan pakaian yg selebet
- Sudah pandai bergurau secara kasar dan menyakitkan hati
- Bila tanya soalan, dia tak jawab & biarkan soalan tergantung tak bertali
- Lupa hari jadi
- Mula mengelakkan diri dari berjumpa
- Mula keluar dengan orang lain
- Dia dah tak kisah kalau tak jumpa. Sebulan tak jumpa pun tak apa
- Ada date, tapi lupa nak datang…bagi alasan lupa la apa laaa
- Jawab sms kalau dulu 10 patah, sekarang dah 1 patah. Tu pun ringkasan mcm ‘k’
- Dah tak layan macam dulu
- Apa kita buat semua tak betul dimata dia
- Ada saja kelemahan kita yang dia nampak
- Dia nampak kelemahan kita lebih dari melihat kebaikan
- Taip sms pun pendek-pendek jer
- Bila kita cakap i love u, dia balas ‘emmmmm’ jer
- Bila tanya tetibe jer dia nak melenting tak tentu pasal
- Bagi alasan kita ni terlalu baik macam malaikat dan tak sesuai dengan dia. Tapi masa mengorat dulu tak perasan pulak diri diea macam setan…huhu
- Bila ajak jumpa parent, macam-macam cara dia cuba mengelak
- Bila cakap pasal kahwin, dia buat tak serius. Cuba lari dari topik.
- Dia dah tak kisah apa jadi kat pasangan
- Kita yang beria-ria, tapi dia buat macam acuh tak acuh jer
- Susah nak senyum @ gurau @ gelak ketawa dengan kita
- Dia beri perhatian lebih pada orang lain…lebih suka kawan-kawan dia dari kita
- Dengan orang lain, dia boleh mengaku single
- Status kat facebook, dia letak ‘single’
Sedikit tips:
Kalau korang nak tahu pasangan korang betul-betul cinta dan jujur dengan korang, cuba beli beli sim kad nombor lain. Cuba buat sms sesat…beri mesej yg romantik…cakap nak berkenalan ker apa ker. Dalam masa yang sama, korang SMS juga mesej dari henpon nombor lama. Cuba tengok dia ada balas yang mana satu dulu. Kalau dia balas sms nombor baru, ertinya memang betul dia dah boring dan bosan dengan korang. Dia memang tak jujur pada korang. Bye bye sayonara kan jer ngan orang camtu. huhuSekian.
pakar how to
Tiada ulasan:
Catat Ulasan