Sessi diskusi pada petang itu berubah dari perbincangan Biologi
kepada topik yang lebih penting. Suasana yang dingin kerana penghawa
dingin yang setia menyamankan membuatkan hati-hati lebih enak untuk
mendengar berbanding di luar yang panas.
Masing-masing dengan gelagat yang tersendiri. Ada yang sudah
kepalanya syahid di meja. Mungkin letih kerana perbincangan yang terlalu
lama. Buat semua orang bosan. Sudah pasti semua sudah menyangka bahawa
otak sudah tepu, tiada lagi ruang untuk BIOLOGI agaknya.
Hana dari tadi langsung tidak menumpukan perhatian pada perbincangan.
Dia asyik dengan laptopnya. Aku sengaja pergi kepadanya, sengaja mahu
beramah mesra.
” Astaghfirullah… Hana.” sekadar di ungkap di dalam hati. Aku
terkejut melihat penampilan Hana yang mendedahkan aurat di facebook.
” Hana tengah upload gambar ye?” Sengaja mahu curi tumpuannnya.
” Eh, Sumayyah. Ye.. baru-baru ni keluar dengan kawan-kawan”
“Urm… Hana..Hana tak pakai tudung? Hana tahu tak sebagai seorang
Islam, Hana perlu menutup aurat. Kita tidak boleh mendedahkan rambut
pada yang tidak berhak.” perlahan-lahan aku kabarkan pada Hana.
Mudah-mudahan dia mahu menerima teguranku ini.
“Kenapa kena tutup aurat? Kenapa nak kena pakai tudung ni.? Kenapa
perempuan kena tutup banyak. Laki sikit je.Kenapa dan kenapa?” Soal Hana
dengan nada tidak puas hati.
Hening. Semua yang ada tertumpu pada aku dan Hana.
Suasana menjadi semakin dingin. Aku cuba mengawal situasi.
” Sayangku… kerana perlu. He knows best.” Sumayyah membalas.
” Perlu?”
” Ye.. kerana Allah tahu wanita ini lemah. Kita disuruh menutup aurat
demi keselamatan dan kemaslahatan kita semua. Bukan kepada perempuan
saja, tetapi seluruh masyarakat dunia akan mendapat manfaat jika semua
lelaki dan perempuan menutup aurat dengan sempurna. Kerana Allah
sayangkan pada hambaNya. Allah sayangkan wanita, kerana itulah
disyariatkan penutupan aurat.”
” Cuba Hana bayangkan kalau Hana tidak perlu langsung menutup aurat.
Pasti Hana sendiri berasa jelik dengan diri sendiri dan malu untuk
berhadapan dengan orang ramai. Sesuailah dengan fitrah wanita itu
sendiri yang kaya dengan sifat malu. Sebab itulah wanita lebih menutup
berbanding lelaki.”
Sambung Sumayyah lagi… ” Kerana Allah mahu memelihara kehormatan
wanita. Hana tahu tak, wanita itu harga dirinya terlalu tinggi. Sngat
berharga. Bayangkan Hana ibarat hadiah yang terlalu mahal, sudah tentu
Hana mahu dibaluti dengan sebaiknya, bukan dipamerkan untuk menjadi
tontonan, dipegang-pegang, kemudian diletakkan semula. Lama-kelamaan,
harganya akan mulai jatuh kerana kesan calar dan kotor dari
tangan-tangan dan mata-mata yang tidak berhak dan tidak mampu untuk
membeli Hana ”
Hana membalas, ” Selama ni Hana fikir Islam terlalu mengongkong
wanita dengan syariat menutup aurat ni. Bagi Hana, masih belum mendapat
hidayah, jadi tidak perlu bersusah payah hendak berubah. Tapi Hana tidak
pernah terfikir bahawa apa saja yang disuruh olehNya merupakan
keperluan buat kita semua”
Hana memang mudah menerima kebenaran. Adakalanya dia cepat melenting.
Tapi diakhiri dengan kesudahan yang baik kerana cara berfikirnya yang
selalu rasional.
” Benar Hana, kalau tiadanya pensyariatan menutup aurat ini, sudah
tentu huru-hara jadinya dunia ini. Lihatlah di barat, pelbagai masalah
yang timbul akibat tidak menutup aurat ni.” Balqis yang dari tadi
membisu juga turut mengiakan jawaban dari Sumayyah.
” Apa maksud kamu Balqis?” Hana cuba ingin dapatkan penjelasan selanjutnya.
” Pelbagai jenis penyakit menyelubungi masyarakat barat seperti HiV,
Hepatitis B, dan sebagainya akibat dari pendedahan aurat. Apabila
syariat Allah tidak terlaksana, beginilah jadinya. Manusia akan hilang
pertimbangan, lalu melakukan zina dan pelbagai lagi.” Balqis menyambung
bicara.
” Hmmm… kita sering memandang barat sebagai satu dunia yang gah dan
hebat. Lampu-lampu yang menghiasi kota itu, bangunan-bangunan yang
mencakar langit itu,sebenarnya menyimpan pelbagai kisah hitam. Siapa
tahu. Setiap hari ramai nyawa yang terkorban akibat bunuh diri. Kerana
tekanan yang melampau.”
“Hana sudah faham… tanpa Islam. Manusia akan menjadi huru-hara. Jadi,
amanah sebagai seorang khalifah sudah tentu tidak dapat dilaksanakan.
Allah beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Kalau diikut
apa yang manusia mahu, maka sudah tentu nafsu akan menjadi tuhan. Habis
musnah dunia ini tanpa pensyariatan dari Allah” Hana membalas dengan
yakin. Kini dia sedar bahawa dia patut bersyukur kerana dilahirkan
sebagai seorang Islam.
http://serikandislam.blog.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan