Isnin, 22 September 2014

Resepi - Ikan Masak Cuka

Hari ini menu  cukup ringkas, mudah disediakan dan insyaallah menyelerakan..

Lintas langsung dr dlm kuali ^____^

IKAN MASAK CUKA ni,  buat menggunakan ikan tongkol atau ikan aya.. Memang pebret keluarga kalau ikan ni. Kalau yg nak tukar guna ikan lain pun boleh spt ikan tenggiri, ikan kembung, ikan kerisi pun sedap. Kali ini buat versi berkuah sket ni ya, kalau yg tak suka berkuah sgt boleh kurangkan sukatan air dan kurangkan juga sukatan cuka yg digunakan supaya tak terlalu masam.. Selamat mencuba ya..

IKAN MASAK CUKA
resipi : K.Nor@SecubitGaram





Bahan2:
3 keping ikan tongkok @ boleh guna ikan tenggiri/kembung
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit

1 labu bawang besar ~ dipotong baji/wedges
2 ulas bawang putih ~ dihiris
1'2 in halia ~ dihiris
2 biji cili merah  ~ dihiris serong
5 - 7 biji cili padi
1/2 sudu kecil biji sawi
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
400ml air
3 sudu besar cuka
1/2 batang lobak merah ~ dipotong
1/2 batang timun ~ dipotong (buang bahagian empulur)
garam dan gula secukup rasa

Cara: 
Goreng ikan yg telah dilumurkan garam dan serbuk kunyit hingga masak dan sedikit garing. Ketepikan.
Buangkan minyak dan tinggal lebih kurang 3 sudu besar sahaja dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga terbit bau.
Masukkan cili merah, cili padi, biji sawi dan serbuk kunyit. Goreng seketika.
Masukkan air dan cuka dan biarkan hingga mendidih.
Masukkan garam dan gula, lobak merah dan ikan yg telah digoreng tadi.
Biarkan mereneh sekejap (supaya rasa masam2 kuah meresap pd isi ikan) dan masukkan timun.
Masak seketika kemudian bolehlah dihidangkan.
 http://www.secubitgaramnor67.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...