1. Judy Moran (dipenjara 2009-sampai sekarang)
Judy Moran, adalah wanita berusia 66 tahun yang memimpin Gengster di
Melbourne. Dia digelar "family matriarch". Penglibatannya dalam dunia
kongsi gelap ini menyebabkan 2 suaminya dan 2 anak lelakinya dibunuh.
Dia akhirnya ditangka kerana mengarahkan pembunuhan abang iparnya.
2. Xie Caiping (dipenjara, 2009-sampai sekarang)
Beberapa tahun yang lalu, kota Chongqing China mengeluarkan tindakan
keras terhadap jenayah terancang, sebuah operasi besar-besaran yang
menangkap hampir 1,500 suspek, yang semuanya berada dibawah pimpinan Xie
Caiping. Sebagai bos, Caiping menjalankan kasino haram dan bertanggung
jawab untuk menjaga polisi dari belakang semua orang.
3. Sandra Avila Beltran (dipenjara 2007-sampai sekarang)
Dengan gelaran seperti "Ratu Pasifik," Sangat sukar membayangkan Sandra
Beltran seorang lanun. Dipendekkan cerita, Beltran lahir dan dibesarkan
untuk menjadi "godmother" Mexico. Bapa saudaranya adalah 'Godfather'
seorang penyeludup da dah Mexico. Dia mendapat gelaran itu kerana dia
memudahkan hubungan antara kartel Valle del Norte Colombia dan kartel
Sinaloa, dan membantu mengembangkan laluan penyeludupan di sepanjang
Pantai Pasifik Mexico. Sandra dipenjara ketika menghadapi pertuduhan
jenayah terancang, pengubahan wang haram dan konspirasi .
4. Rosetta Cutolo (dipenjara 1993-sampai sekarang)
Wanita ini menjadi gangster kerana rasa dendamnya ketika saudaranya
ditangkap oleh polis Itali. Dia kemudian meneruskan perniagaan yang
diceburi oleh saudaranya itu. Dia menjadi senarai suspek yang paling
dikehendaki di Itali kerana dia termasuk dalam senarai nama keluarga
Raffaele Cutolo, Nuova Camorra organizzata (NCO), iaitu gangster yang
paling ditakuti di Itali. Setelah markasnya diserbu polis Itali pada
tahun 1981, dia menghabiskan 10 tahun sebagai buruan sehingga akhirnya
dia menyerah diri.
5. Maria Licciardi (dipenjara, 2001-sampai sekarang)
Dari tahun 1993 hingga 2001, Maria Licciardi adalah ketua Marga
Licciardi, dan "Capo di Tutti Capi" gangster dari Napoli. Di bawah
pimpinannya, keluarga Licciardi menjadi lebih teratur, dan lebih
mendapat keuntungan dalam segala usaha mereka. Salah satu sumbangannya
yang paling penting, adalah memperkenalkan pelacuran di Camorra.
6. Maria Leon (dipenjara 2010-sampai sekarang)
Seorang ibu berusia 44 tahun dengan 13 anak-anak mungkin anda kedengaran
tidak terlalu berbahaya. Namun berbeza dengan Maria Leon, dia menjadi
ketua pengedaran da dah terbesar yang menguasai timur laut Los Angles.
Dia mengatur perniagaannya selain daripada memberikan pendidikan pada
anaknya.
tao tau ajer
Tiada ulasan:
Catat Ulasan