Nampak begitu bersahaja tetapi memang sedap! Itulah gambaran yang boleh dinyatakan mengenai resepi minum petang kali ini, Cucur Tauhu Berkuah Kacang. Pastinya menu ini memberikan kelainan kepada anda dan keluarga kerana menggunakan tauhu dan dicicah bersama kuah kacang. Ternyata nikmat dan istimewa sekali. Untuk memastikan resepi ini lebih sedap, anda disarankan untuk memilih tauhu yang besar dan segar. Bagi yang ingin mencuba resepi bolehlah dapatkan bahan-bahan seperti di bawah ini.
 


Bahan Cucur:

40gm tepung rangup
20gm tepung gandum
3 biji tauhu
60ml air
¾ sudu teh garam
Minyak masak secukupnya

Kuah Kacang:

300gm kacang tanah  } Di kisar
2 biji bawang putih        } Di kisar
2 biji bawang besar     } Di kisar
110gm gula
60gm cili kisar
Minyak masak secukupnya
Air secukupnya

Cara membuatnya:

  • Masukkan tepung, garam dan air ke dalam mangkuk adunan. Kacau rata.
  • Celupkan tauhu ke dalam tepung.
  • Panaskan kuali dengan minyak yang banyak. Goreng tauhu tadi sehingga kekuning-kuningan.
  • Angkat dan hidangkan dengan kuah kacang.
  • Untuk membuat kuah kacang, panaskan sedikit minyak di dalam periuk. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.
  • Selepas itu masukkan cili kisar dan tumis sehingga garing dan pecah minyak.
  • Masukkan kacang dan air secukupnya. Kacau sehingga mendidih.
  • Akhir sekali masukkan gula dan kacau sebati.Biarkan kuah pekat dan sesuaikan rasanya baru diangkat.
  mingguan wanita