Jumaat, 12 September 2014

UPSR 2014: Kerana 'A', manusia sanggup melakukan apa sahaja?

UPSR 2014: Kerana 'A', manusia sanggup melakukan apa sahaja?
Ada yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan 'A'. - Gambar fail 
 
 
: Sistem pendidikan negara sering meletakkan ‘A’ sebagai simbol kehebatan sekolah, guru dan individu pelajar. Namun, hanya kerana ‘A’ ada yang sanggup untuk mengenepikan nilai, budi dan integriti.

Itulah antara nukilan seorang guru yang dikenali sebagai MohamadAlim Konting di Facebook yang memuat naik pendapat beliau di laman media sosial itu.
 

“Keadaan ini meletakkan ibu-bapa, anak, guru dan sekolah berada dalam situasi yang cukup tertekan. Akhirnya, kerana ‘A’ ada pihak yang menghalalkan segala cara, mengenepikan nilai budi dan integriti. Pendidikan kehilangan hala tuju,” kata beliau lagi.

MohamadAlim yang dikenali sebagai Cikgu Alim, pendidikan untuk melahirkan manusia yang benar-benar ada nilai keinsanan telah mati gara-gara ‘A’ yang dicari. Maka berlakukah penyelewengan dan pengkhianatan.

“Yang tidak berpeluang menjadi mangsa, yang diberi sedikit tanggung jawab menjadi tamak haloba. Semuanya kerana inginkan penghormatan, pujian dan sanjungan atau untuk melepaskan diri daripada tekanan,".

Beliau turut berkata manusia perlu berubah kerana penilaian, pengujian, dan pentaksiran seharusnya perlu jujur untuk menyediakan modal insan yang sempurnya sifatnya.

“Manusia bukan seperti tayar kenderaan yang perlu diperiksa untuk menetapkan gred A, B, atau C,” akhiri beliau. 
awani

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...