Rabu, 24 September 2014

Tips Pemakanan Diet Seimbang Waktu Siang

Diet seimbang bukan sahaja perlu diamalkan oleh seseorang yang ingin kurus sahaja, malah diet seimbang perlu diamalkan dalam gaya hidup yang sihat.


Tetapi bila sebut sahaja mengenai diet, sudah pasti ianya akan menjadi masalah bagi individu yang ingin menurunkan berat badan terutamanya buat kaum wanita.

Jika tersilap langkah, pastinya golongan ini akan menjerit dan kecewa di saat melihat berat badan mereka di penimbang berat.

Mungkin anda kurang arif mengenai pengambilan makanan yang sepatutnya untuk mengamalkan diet seimbang terutamanya waktu siang. Di sini saya kongsikan kaedah dan tips mudah pemakanan diet seimbang di waktu siang.

Tips Pemakanan Diet Seimbang

 

 

 diet seimbang

Minum air sebelum makan
Pastikan anda minum paling kurang segelas air putih sebelum mengambil sebarang makanan, langkah ini agar dapat mengurangkan rasa lapar anda.
Selain melancarkan sistem percernaan, air juga boleh melancarkan sistem perkumuhan agar proses penurunan berat badan dapat berlaku dengan lebih berkesan. Jika bosan dengan air putih, anda juga boleh menggantikannya dengan jus tanpa gula atau pun teh yang tawar.

Hadkan makanan berkalori tinggi
Hindari makanan yang berkalori tinggi seperti nasi putih yang kaya dengan karbohidrat. Gantikan nasi dengan beras perang atau pun kentang yang mempunyai serat tinggi dan boleh membuatkan anda rasa kenyang dalam jangka waktu yang lebih lama.
Jika ingin kepelbagaian dalam rutin makanan, anda juga boleh mengambil buah avocado, madu, roti gandum dan juga pisang bagi menggantikan nasi putih.

Bawa bekal makanan sendiri
Jika merasakan agak sukar untuk mengira berapa banyak kalori dalam setiap makanan anda, lebih elok sekiranya anda menyediakan bekal makanan ke kuliah mahupun ke tempat kerja.
Lebih mudah untuk anda menghindari garam, perisa makanan, lemak dan pengawet makanan yang nyata akan merosakkan diet anda jika terlalu banyak berada di dalam tubuh badan.

Serat dan protein
Ucapkan selamat tinggal pada ais krim atau kek di kala menikmati pemanis mulut di waktu siang, sebaliknya gantikan makanan bergula tinggi ini dengan makanan yang kaya dengan serat dan protein.
Makan dua biji telur rebus bersama segelas jus epal ataupun jus lobak merah kerana mengandungi serat yang boleh mengenyangkan perut lebih lama dan ianya juga kaya dengan protein yang merupakan sumber energi yang sangat baik dan tidak membuatkan anda berasa ngantuk.
Bagi mereka yang mementingkan berat badan dan ingin kelihatan lansing, jangan lupa amalkan tips pemakanan diet seimbang di atas. Semoga kaedah diet seimbang di atas dapat membantu anda. Selamat mencuba!

Diet Seimbang

 http://blog.mohdisa.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...