Khamis, 25 September 2014

Info - Kenali Makanan Ringan Yang Berkhasiat


makanan 
Ramai orang menyangka jika mahu mengamalkan pemakanan yang sihat, mereka harus melupakan makanan segera yang digemari.

Hal ini ternyata salah. Banyak makanan ringan yang mempunyai khasiat tersembunyi yang kita tidak sedar. Antaranya ialah:



Gula-gula memanjangkan jangka hayat. Ternyata kanak-kanak yang gemar memakan gula-gula menjadi lebih sihat, berat badan normal dan mengurangkan risiko penyakit jantung! Kajian lain pula mendapati orang dewasa yang memakan gula-gula berkemungkinan mempunyai berat badan berlebihan berbanding orang yang kurang memakan gula-gula. Walaupun berat badan mungkin bertambah, gula-gula mampu memanjangkan umur kita sehingga satu tahun.

Bertih jagung (pop corn) kurangkan risiko kanser. Menonton filem kegemaran di pawagam juga boleh menyelamatkan hidup anda. Bertih jagung sangat kaya dengan antioksida yang dipanggil ‘polyphenols’. Polyphenol ini berfungsi untuk mengurangkan risiko kanser dan pelbagai penyakit lain seperti sakit jantung. Satu hidangan bertih jagung mempunyai lebih polyphenol daripada buah-buahan dan sayuran.

Gula-gula getah makanan untuk otak. Ramai orang berpendapat gula-gula getah tidak mempunyai manfaat. Anda mungkin tidak sedar ia boleh meningkatkan daya ingatan dan prestasi otak. Bukan itu saja, anda telah mengurangkan rasa lapar dan keinginan untuk makan (terutamanya makanan ringan yang tidak mempunyai kebaikan).

Cili legakan sakit. Cili bukanlah makanan ringan namun dia juga bukan makanan untuk diet. Sesetengah cili mempunyai lebih vitamin C berbanding buah oren. Bagi yang tidak tahu, cili boleh menyembuhkan sakit perut dan juga diaplikasikan dalam tujuan perubatan hari ini. Cili selalunya digunakan di dalam ubat sapu atau balsam untuk sakit sendi. Jadi dalam perubatan, cili digunakan untuk memberi rasa hangat bagi mereka yang mengalami sakit sendi.

Gula semulajadi baik untuk gigi. Gula semulajadi ini selalunya digunakan di dalam gula-gula getah, pudina dan gula-gula yang lain kerana ia rendah kalori dan baik untuk gigi. Jika sering digunakan, plak dan asid laktik yang boleh merosakkan gigi akan berkurangan. Bukan sahaja membantu mengatasi masalah mulut, malah kanak-kanak yang mengambil Xylitol ini dua kali sehari boleh mengurangkan risiko jangkitan telinga sebanyak 25%.

Coklat baik untuk jantung. Ramai yang sedia maklum bahawa coklat boleh mengurangkan tekanan darah dan meningkatkan fungsi jantung apabila diamalkan setiap hari dalam kuantiti yang secukupnya. Makan sedikit coklat mampu melembapkan kulit anda dan membuatkan wajah kelihatan licin. Selain itu, coklat juga mampu membantu anda daripada terkena sinaran UV.
mummynemo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...