MyCert
sering memantau pelbagai jenis masalah sekuriti yang dihadapi oleh
pengguna tempatan, dan terkini mereka mendapati terdapat suatu malware
baru yang menyasarkan pengguna perkhidmatan perbankan internet tempatan –
terutamanya Maybank2U dan CIMB Clicks.
Malware yang dari keluarga “Zitmo Banker Malware” ini akan menyuntik
kandungan berbentuk halaman dan kandungan palsu untuk laman perbankan
pada komputer pengguna, dan seterusnya akan menghantar SMS kepada
peranti mudah-alih pengguna untuk memuat-turun sebuah APK khusus (fail
pemasangan Android).
Melalui APK yang dipasang pada peranti Android pengguna tersebut
kelak, ia akan mengumpulkan data, dan seterusnya cuba log masuk ke akaun
perbankan milik pengguna.
Malware ini telah dikenal pasti sejak daripada tahun 2010 yang lepas,
tetapi buat pertama kalinya didapati digunakan untuk menyasarkan
pengguna perbankan di Malaysia.
Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak MyCert meminta pengguna untuk
mengemaskini perisian antivirus mereka, dan pada masa yang sama
memastikan URL yang sedang dilayari. Pengguna peranti mudah-alih juga
dinasihatkan untuk membaca dan mengesahkan setiap kebenaran dan akses
yang diminta sesuatu aplikasi sebelum memasangnya.
sumber: Amanz.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan