Enjin-enjin moden terutamanya enjin petrol telah
menggunakan sistem unit komputer elektronik yang bertindak sebagai otak
untuk sesebuah kenderaan tersebut. Bila kita sebut tentang sistem unit
komputer elektronik ini, ia sebenarnya telah lama wujud dalam industri
otomotif seawal 20 tahun yang lepas. Tetapi, sejajar dengan teknologi
yang semakin hebat, penggunaan sistem elektronik juga semakin meluas
bagi setiap pengeluaran kenderaan.
Kebolehan sesebuah enjin untuk berfungsi sebaiknya
amatlah bergantung kepada tahap kesihatan mekanikal dan elektrikalnya.
Selalunya kita bincangkan tentang kepentingan kesihatan sesebuah enjin
berdasarkan ciri-ciri mekanikalnya dari segi penjagaan rapi enjin
semata-mata. Tetapi, kita terlupa bahawa wujudnya sistem elektrikal yang
mengawal perkara paling penting bagi enjin tersebut iaitu sistem
suntikan bahan api dan juga pembacaan sensor yang terdapat dalam sistem
kereta tersebut.
Seperti yang kita semua tahu, keupayaan sesebuah
bahagian elektrikal juga akan merosot ditelan zaman. Contoh paling mudah
yang kita dapat bayangkan ialah keupayaan wayar dan juga kapasitor bagi
sistem unit komputer elektronik dan juga wayar-wayar yang menyambungkan
kesemua sensor ke unit komputer elektronik untuk bacaan sensor
tersebut.
Di bawah ini sedikit sebanyak info tentang “ripple effect” terhadap aplikasi elektrikal:-
- Kekerapan riak dan harmonik yang berada di dalam sistem audio itu akan didengar pada peralatan seperti penerima radio.
- Kehadiran riak boleh mengurangkan ketepatan dalam bacaan sistem unit komputer elektronik.
- Dalam litar digital, ia mengurangkan ketepatan sensor, di mana litar logik memberi output yang tidak betul dan data adalah rosak.
- Arus riak tinggi amplitud memendekkan jangka hayat kapasitor elektrolitik.
Jika bahagian elektrikal itu kehilangan keupayaannya,
secara teorinya, pembekalan elektrik kepada sensor dan juga unit
komputer elektronik ini akan mengalami masalah “ripple effect” di mana
secara langsungnya akan memberi efek terhadap pembacaan sensor-sensor
sesebuah kereta. Jika sensor itu memberi bacaan yang salah, sudah pasti
unit komputer elektroniknya tidak dapat membaca dengan tepat lalu
memberi info yang salah bagi sistem suntikan bahan apinya. Hal ini
secara langsungnya boleh menyebabkan sesebuah enjin itu mengalami
pembaziran minyak dan juga bekerja keras lalu menghasilkan output yang
tidak optimum.
Gambar di atas ini boleh dijadikan rujukan sebagai
“ripple effect”. Perkara ini hanya dapat dilihat jika kita menggunakan
osiloskop untuk melihat sistem penghataran elektrik. Salah satu cara
untuk mengatasi masalah ini yang diperkenalkan dalam dunia otomotif
ialah penggunaan “grounding cable”. Tetapi, sejauh mana kebenaran dalam
penggunaan “grounding cable” untuk membantu sistem elektrikal sesebuah
kenderaan itu? Ada juga yang mengatakan benda ini dapat membantu
mengembalikan prestasi enjin, meningkatkan penjimatan minyak; dan juga
membantu sistem bunyi menjadi lebih sedap.
Admin tidak mempunyai pengalaman dalam penggunaan
“grounding cable” ini, tetapi pernah juga terdengar dari mekanik yang
mengatakan sesetengah kereta lama sampai tahap tidak boleh menghidupkan
enjin kerana sistem pembumian elektrik yang lemah. Pelik? Inilah
kenyataan. Mungkin lebih baik jika kita dengarkan pendapat pakar-pakar
di luar sana dan juga pengguna yang pernah mencuba produk ini? Jom
bincangkan !
Sumber // Wiki, Google, dan pengalaman !menerusi www.arenakereta.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan