Punca-Punca Saka & Salasilah
Saka Jelmaan
– Diwujudkan oleh makhluk halus untuk setiap orang dari ahli keluarga
yang sama yang seakan-akan sama dengan makhluk yang pertama untuk
mengawal seluruh ahli keluarga. Saka jenis ini memang sukar untuk
diputuskan jika dapat diputuskan maka seluruh ahli keluarga tersebut
akan terlepas dari cengkamannya. Untuk memutuskannya terpaksa mencari
dan berlawan dengan yang mengwujudkan jelmaan tersebut iaitu yang paling
atas atau yang utama itu harus diputuskan.
Saka Keturunan – Iaitu makhluk halus atau khadam yang berada pada ahli keluarga seketurunan atau yang sekelompok dalam keluarga terlibat yang diperolehi dari keturunan keluarga yang terdahulu. Saka jenis ini akan berkaiatan diantara satu dengan yang lain yang berada didalam keluarga tersebut dan jumlahnya juga amat besar. Bila ia mengetahui ada usaha untuk pisahkan mereka ada diantaranya akan membuat tipu helah dengan pelbagai cara, termasuk mengwujudkan jelmaan supaya sukar untuk ditemui punca yang utama.
Saka Adat - Terdapat dalam ahli keluarga atau keturunan tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan yang mengamalkan adat-adat tertentu yang menganggap ia mempunyai kelebihan tertentu yang dimiliki oleh keluarga tersebut. Saka jenis ini berupaya untuk bergabung dengan sepantas yang boleh sekiranya ia diganggu atau cuba untuk memutuskan dari mangsanya.
Punca Sakit yang paling mudah ditemui daripada Saka keturunan
Saka jenis ini memang terkenal ganasnya dan suka menyerang balas terhadap siapa juga yang cuba untuk melepas dan memisahkan mereka daripada orang yang telah dicengkam oleh mereka dan mereka sukar untuk memberikan kerjasama untuk melepaskan pegangan mereka, kerana mereka tidak takut dan angkuh kerana beranggapan mereka ada ramai yang membantu mereka.
Jalur Dan Punca Saka (dalam keturunan keluarga) Pecahan
kepada jalur dan punca saka terdiri daripada ketiga-tiga atau salah
satu sumber yang tercatat diatas, yang terjadi dalam sesuatu keluarga
yang dicengkam oleh makhluk halus samada syaitan dan jin termasuk jin
islam yang berfungsi secara senyap dibelakang setiap ahli keluarga yang
mempunyai pelbagai tujuan dan niat jahat mereka. Makhluk halus ini
semuanya memiliki ilmu kebatinan dan berupaya mengubah rupa dan bentuk
untuk pelbagai tujuan mereka semasa berada pada tubuh manusia tanpa
mengira ianya samada islam dan bukan islam, bangsa dan keturunan.
Dari Datuk Dan Nenek Sebelah Bapa Atau Sebelah Ibu
- Cucu Lelaki Sulong
- Cucu Perempuan Sulong
- Cucu Perempuan
- Cucu Lelaki
- Menantu Lelaki
- Menantu Perempuan
- Keluarga Angkat
- Keluarga Tiri
Dari Sebelah Bapa Dan Ibu Kandung Dan Keluarga Mertua
- Bapa Kandung
- Ibu Kandung
- Bapa Mertua
- Ibu Mertua
- Besan Lelaki
- Besan Perempuan
- Bapa Angkat
- Ibu Angkat
- Adik Beradik Tiri
Gangguan Saka Turut Berlaku
Saka
jenis ini berupaya memperdayakan perawat dan boleh terjejas akidah
hanya dengan kata-katanya dan mengarahkan perawat supaya mengikut
kehendaknya yang boleh mensyirikkan Allah SWT, seperti "aku boleh lepaskan mereka dan engkau tak perlu bantu untuk merawat yang lain dalam keluarga ini, baru lah aku lepaskan mereka",
sekiranya kita turut dan mendengar dan tunduk dengan kata-kata syaitan
ini maka telah melakukan syirik TANPA sedar itu adalah tipu daya yang
sangat halus mereka berupaya melakukannya terhadap manusia
Gangguan
makhluk halus ini turut berlaku menganggu orang yang berhampiran dengan
mereka, apabila saja bertemu makhluk halus ini sentiasa bertindak
mencari peluang untuk mengkhianati mangsanya tanpa mengira tempat dan
keadaan. Sekiranya pemilik kepada saka tersebut merasa benci terhadap
jirannya maka dengan sendirinya makluk halus ini akan bertindak tanpa
diarah oleh pemilik untuk megkhianati jiran tetangga tersebut, ada
sebahagian daripadanya suka merasuk ketubuh jiran yang berdekatan tanpa
disedari oleh pemiliknya.
Kerana makhluk halus ini dapat membaca gerak
hati tuannya tanpa disuruh ia terus melakukan pelbagai pengkhianatan
terhadap mangsa-mangsanya. Memang secara umumnya kita tidak kelihatan
akan terjadinya perkara tersebut tetapi berdasarkan apa yang diperolehi
melalui pengalaman melakukan rawatan terhadap mangsa-mangsa sihir ini ia
sememangnya berlaku. Bukan manusia sebagai tuannya yang melakukan
tetapi makhluk halus yang ada pada tuan tersebut yang melakukan
kejahatan tersebut bertujuan untuk memberikan kesakitan kepada tubuh
badan mangsanya. Semua peralatan dan benda-benda yang berbisa dan
racun-racun yang digunakan sentiasa berada dalam simpanan mereka dengan
mudah mereka untuk mengambil dan mengunakannya, apabila diperlukan.
Ianya sama sahaja bagi mereka yang mengamalkan ilmu-ilmu kebatinan yang memiliki dampingan juga akan bertindak seperti saka-saka yang berdampingan dengan tuannya. Paling mudah diperolehi atau paling mudah terkena adalah apabila kita berkunjung atau mendapatkan rawatan daripada dukun-dukun, bomoh dan pawing kerana makhluk halus ini sangat ramai berdampingan dengan mereka. Ada diantaranya saka-saka ini juga bertindak sebagai perawata atau menjadi bidan dan tukang urut. Ketika mereka memberikan rawatan dalam masa yang sama dampingan mereka ini akan mengagih-agihkan makhluk halus supaya mengikuti mereka yang hadir bertujuan untuk meneruskan pengkhianatan terhadap mangsanya.
Ini sering
berlaku dan tiada satu pun mangsanya menyedari akan kejadian seumpama
ini, kerana kesan dan akibat daripada pengkhianatan ini akan muncul dan
dapat dilihat dalam jangka masa yang panjang, kerana ianya untuk
mengelirukan mangsa serta perawat yang cuba mencari tidak menemuinya
dangan cepat. Sebaik-baiknya bagi pasangan yang hendak mendirikan rumah
tangga elok dibersih dan dibuangkan semua saka-saka yang ada pada diri
dan keluarga bagi mengelakkan keruntuhan rumah tangga dan berlakunya
hasutan TANPA disedari akan berlaku kepada pasangan masing-masing, nanti
disebabkan benda yang kecil menjadi besar hingga bergaduh sesama
sendiri dan juga cepat naik marah akan berlaku.
- Jiran - Contoh Saka jiran yang merasuk jiran belakang rumah
- Sahabat
- Besan Lelaki / Perempuan
- Pasangan Baru Bertemu
- Orang Yang Dibenci
- Rakan Yang Sangat Rapat
- Bomoh, Dukun, Pawang
- Mandi Bunga - (perawat berkata "nanti atuk akan masuk") syaitan yang masuk
- Menziarah rakan atau keluarga yang sakit (orang yang sakit semangatnya lemah)
Semoga
info yang dikongsikan ini dapat memberi banyak ilmu berguna dan
bermanfaat kepada kita semua. Oleh itu, berhati-hatilah jika berjumpa
bidan urut bersalin, bomoh, dukun atau pawang yang menurun dan memberi
tangkal. Sebaiknya anda berjumpa para ulama' dan ustaz yang lebih arif
tentang perawatan islam ini agar terpelihara dari melakukan kesilapan
dan dosa tanpa disedari. Akhir kata, segala perkara dan ilmu yang baik
itu datangnya dari Allah S.W.T dan segala khilaf dan keburukan itu
adalah datangnya dari kelemahan diri saya sendiri. Sampaikanlah kepada
semua, agar kita semua beroleh syafaat dan manfaat dan dilindungi Allah
S.W.T, In shaa Allah.. Sekian, terima kasih.
~ Wassalam ~
http://www.rizalimasri.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan