Dilahirkan dari keluarga berlatarbelakang etnik Cina, SS Lai membesar di
tengah budaya yang melakukan penyembahan berhala dan memuja nenek
moyang mereka yang sudah meninggal. Sejak kecil dia sudah dididik untuk
mempercayai banyak dewa-dewi dalam keyakinan agama Cina.
Setiap tahun, Lai selalu berharap dan bersemangat jika ayahnya
mengajaknya ke kuil untuk melaksanakan peribadahan persembahan untuk
para dewa-dewi. Sebagai kanak-kanak, kegembiraannya ketika itu bukan
kerana dia akan beribadah tapi kerana setiap acara tahunan di kuil dia
akan menikmati makanan yang banyak dan berbeza-beza.
Itulah sepenggal kenangan SS Lai, seorang perempuan yang berasal dari
etnik Cina yang tinggal di negeri muslim, Brunei Darussalam. Beliau
merasa bersyukur kerana menghabiskan sebahagian besar masa sekolahnya di
sekolah yang majoriti pelajarnya beragama Islam.
"Saya ingat, seorang teman pernah membawa buku komik bergambar tentang
mereka yang dihukum dalam api neraka. Saya tidak begitu faham tentang
apa itu neraka pada masa itu. Saya hanya tahu bahawa jangan pernah
membuang sedikit pun gula-gula atau kerepek (makanan) atau kita akan
dihukum di akhirat kelak," ujar Lai.
Dia faham, seorang muslim berpuasa pada bulan Ramadan dan dilarang makan
daging babi. Ketika itu, Lai belum tertarik dengan Islam, meskipun
ramai sahabatnya yang muslim. Tapi Lai mengakui, ketika berusia 7 tahun,
dia merasakan hal yang aneh bahawa suatu masa dia akan menjadi seorang
muslim, seperti salah seorang bapa saudaranya.
"Namun saya tidak pernah bertanya pada siapa pun tentang Islam. Takut
mereka ingin tahu, dan ini yang membuat saya takut dan malu," tutur Lai.
Perjalanan Lai menuju cahaya Islam bermula dari kebingungannya masa dia
belajar geografi. Dirinya bertanya-tanya mengapa manusia boleh berdiri
dan berjalan dalam bumi dan tidak dibuang ke luar angkasa yang gelap.
Pulang ke rumah, Lai menanyakan hal ini pada bapa saudaranya, namun si
bapa saudara malah menasihatinya agar jangan terlalu banyak bertanya
"mengapa" pada semua hal. Sejak itu, Lai selalu menahan diri untuk tidak
selalu menanyakan "mengapa" pada hal-hal yang menarik perhatiannya.
Tahun 1988, Lai mendapatkan biasiswa belajar ke UK. Sesuatu yang menjadi
impiannya dan dia bekerja keras untuk boleh belajar ke luar negeri.
"Saya menjadi orang yang berguna dan kaya, dan membuat kedua orang tua
saya bangga. Satu-satunya yang saya tahu untuk mencapai cita-cita saya
itu adalah menjadi seorang doktor," ujar Lai.
Semasa kuliah di UK, suatu malam Lai bermimpi mendengar suara azan dan
dia berjalan menuju ke arah suara itu, lalu dia berdiri dalam sebuah
pintu gerbang yang besar. Di pintu gerbang itu kelihatan tulisan dalam
bahasa Arab. Dalam mimpi itu, Lai merasakan kedamaian dan rasa aman. Dia
masuk ke dalam sebuah bilik yang bercahaya dan dalam sana dia melihat
kelibat yang sedang solat.
"Saya sukar menggambarkan bagaimana perasaan saya ketika itu. Keesokan
harinya saya memaksakan diri untuk menanyakan tentang mimpi saya itu
pada teman saya, seorang mahasiswi dari Malaysia. Dia mengatakan, itu
adalah 'Hadassah' dari Allah, "Lai mengisahkan perihal mimpinya itu.
Perbincangan tentang mimpi itu mendorong Lai untuk lebih banyak bertanya
tentang agama Islam. Selama ini, ramai orang mengatakan pada Lai bahawa
kaum Muslimin adalah orang-orang yang jahat dan selalu menindas
penganut agama lain.
Semasa berkesempatan pulang kampung ke Brunei, Lai berkata pada
keluarganya bahawa dia ingin menenangkan diri selama setahun ini dan
melepaskan diri dari segala cita-citanya. Dia merasa ada sesuatu yang
lebih penting dari semua yang telah dia kejar selama bertahun-tahun.
Sudah boleh dipastikan, keluarganya menolak permintaan Lai, yang membuat
Lai hanya boleh menangis siang dan malam.
"Saya menangis kerana yang terdengar di telinga saya adalah gema suara
azan, sampai seorang teman saya menganggap saya sudah gila, dan saya pun
mula berfikir demikian," ungkap Lai.
Dia lalu ingat sahabat masa sekolahnya dulu, seorang muslim yang taat.
Darinyalah, Lai mula belajar tentang bagaimana menjadi seorang muslim.
Akhirnya, hari bersejarah itu pun tiba. Tarikh 5 Oktober 1991, Lai
mengucapkan dua kalimah syahadah dan rasmi menjadi seorang muslimah.
"Saya percaya bahawa setiap anak lahir dalam keadaan suci dan hanya
orang tua merekalah yang menentukan ke mana anak akan melangkah. Semoga
Allah membimbing hati-hati mereka menuju Islam," doa Lai menutup
ceritanya menjadi seorang muslim.
[Era Muslim]menerusi unikversiti
Tiada ulasan:
Catat Ulasan