Don’t be judgemental
Maksud saya disini adalah, bukanlah kita perlu untuk berpura-pura
untuk ‘tidak menilai’ orang lain. Sebab pada pandangan saya ia
sememangnya adalah salah satu sifat semulajadi manusia.
Kita semua mudah untuk menilai orang lain. Juga tidak terkecuali saya.
Dan walaupun sifat menilai atau judgemental ini adalah sifat
semulajadi manusia, saya tidak merasakan ia adalah suatu sifat yang
selalu memberi kebaikan kepada kita.
Kita memandang rendah terhadap orang lain, pada masa yang sama kita
merasakan bahawa diri kita lebih baik atau mulia. Ia akan mewujudkan
jurang diantara kita dan orang lain.
Cuba fikirkan sesaat: Apabila kita terserempak dengan seseorang,
dengan berdasarkan penampilan dan perbuatan mereka, adakah kita dengan
senang menilai diri mereka?
Dan penilaian kita terhadap orang lain selalunya buruk.
Apa akibatnya jika kita mudah untuk menilai orang lain? Apakah racun yang terselindung disebaliknya?
Ini adalah beberapa akibat yang akan berlaku:
- Kita akan langsung tidak mempedulikan apa yang seseorang itu sedang lalui
- Kita tidak akan faham situasi yang sedang berlaku.
- Pandangan yang tidak betul terhadap orang lain.
- Kita akan rasa lebih hebat dan mulia daripada orang lain
- Kita akan merasa tidak bersyukur
- Menutup pintu silaturrahim. Kita sukar untuk cuba mengenali seseorang itu dengan lebih mendalam.
Jadi bagaimana perkara-perkara diatas boleh berlaku?
Mari kita ambil satu contoh yang biasa berlaku dalam kehidupan
seharian kita, supaya saya boleh tunjukkan apa yang saya maksudkan:
Saya mempunyai seorang kawan yang sedang giat membuat perkara yang
membahayakan kesihatannya. Dia seorang yang mempunyai berat badan
berlebihan dan mengalami penyakit diabetis.
Dia gemar merokok dan suka makan makanan segera. Dia juga kerap melakukan perkara teruk yang lain, yang mana saya tidak menyukainya.
Saya menilai dia berdasarkan apa yang dia sedang buat dan lakukan.
Saya terfikir perkara yang teruk terhadapnya. Berasa mual dengan
sikapnya yang sebegitu.
Lama kelamaan saya menyingkirkan dia dari fikiran saya kerana tidak berbaloi untuk saya memikirkan dirinya yang bersikap begitu.
Perkara sebegini selalu berlaku kepada saya dan kepada kebanyakkan
orang. Cuma gantikan situasi diatas dengan pasangan kita, rakan sekerja,
anak, rakan dan orang lain yang disekitar kita.
Selain daripada mereka mengamalkan hidup yang tidak sihat, mereka juga suka membuat perkara lain yang kita tidak suka.
Apa yang ingin ditunjukkan dalam contoh ini?
Pertama sekali, saya tidak mempedulikan dan tidak mahu ambil tahu apa yang sedang dia lalui. Saya tidak faham apa sebenarnya yang sedang berlaku kepadanya.
Tetapi sebenarnya tanpa diketahui, dia sedang tertekan disebabkan
oleh masalah kesihatannya, rasa rendah diri, kerisauan, ketakutan, dan
hilang percayakan kepada diri sendiri.
Disebabkan oleh perasaan-perasaan yang menakutkan dan menyerabutkan
ini, dia lebih senang untuk tidak memikirkan masalah kesihatannya.
And makes himself feel better through smoking and comfort food. Dia cuba untuk menjadikan dirinya berasa gembira dan selesa.
Padahal saya juga akan melakukan perkara yang sama jika untuk
mengembirakan diri bila rasa tidak selesa sebegitu. Bila saya merasa
tidak senang hati, saya cenderung untuk mengasingkan diri dan makan
dengan banyak.
Jadi saya tidak lebih hebat atau lebih mulia daripada dia.
Selain itu, saya juga akan menjadi tidak bersyukur dan menghargai kawan saya itu, disebabkan oleh masalah tingkahlaku luarannya itu. Bila terlebih menilai beliau, saya tidak menghargai kehadirannya.
Sebaliknya saya menjadi lebih mementingkan diri,
dengan lebih mengutamakan dalam fikiran bahawa saya lebih baik dan bagus
daripadanya, betapa dia menyakitkan hati saya dan bagaimana rasa sakit
hati saya terhadapnya lebih besar daripada penderitaan yang dirasakan
olehnya.
Saya tidak mengambil berat dan ambil tahu dengan lebih lanjut
mengenainya, apa yang dia sedang rasakan dan lalui, mengapa dan
bagaimana.. tetapi sebaliknya saya telah menilai dia dari segi luaran,
dari apa yang saya lihat.
Dan dari sudut penilaian yang saya buat ini, saya tidak akan dapat menolongnya kerana saya sudah menutup pintu bicara dengannya. Dan menganggap dirinya tidak perlu diambil kesah.
Sekarang kita semua boleh melihat mengapa semua ini bahaya dalam konteks kehidupan kita.
Ia menyebabkan saya rasa sakit hati dan tidak gembira, ia mengancam
hubungan saya dengan orang lain, ia menghalang komunikasi dan membuang
rasa prihatin saya, tidak membenarkan saya meringankan masalah orang
lain.
Disamping juga bahaya-bahaya yang lain yang sentiasa menambahkan jurang dalam perhubungan.
“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengunjing sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertaqwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima taubat, Maha Penyayang.”
[al Hujurat, 49:12]
Bagaimana melepas sifat ‘menilai’ & Judgmental ini
Pertama sekali kita harus sentiasa berwaspada dalam setiap apa yang
kita lakukan. Anggap sifat menilai orang ini sebagai sesuatu yang
sentiasa harus dielakkan.
Memanglah perkara ini tidak baik, tp ia adalah satu petanda yang baik
kepada kita untuk memberi amaran kita kita mungkin kita supaya lebih
berhati-hati dalam menilai seseorang, yang jika dibiarkan berlarutan
akan merosakkan hubungan kita dengan orang lain dalam masa hadapan.
Mari lihat dalam konteks kehidupan kita. Ada beberapa petanda yang
menandakan kita sebagai seorang judgemental atau suka menilai. Jika
kita berasa marah, sakit hati atau menyampah terhadap seseorang.
Kita akan membuat komen/mengata terhadapnya, atau bergosip dan mengumpat terhadapnya.
Ini adalah petanda anda adalah seorang yang suka menilai atau judgemental. Sila cam kan apa yang sedang berlaku.
Apabila anda sudah menyedari perkara ini, berhenti dan bertenang.
Tidak perlu untuk menyalahkan diri sendiri, tetapi persoalkan mengapa
kita bersikap sedemikian:
- Mengapa kita perlu menilai seseorang?
- Apakah pandangan yang dibuat oleh kita terhadapnya betul dan realistik?
- Boleh kita teka apa yang sebenarnya seseorang itu sedang lalui sebenarnya?
- Apa yang ada pada dia yang boleh kita hargai?
- Cuba keluar dari memikirkan dari sudut pandangan kita dan cuba letakkan diri kita berada ditempatnya
- Cuba bayangkan bagaimana jika kita sedang berada ditempatnya, melalui situasi yang sama denganya?
Bila kita selesai dengan persoalan ini, tanyakan kepada diri kita:
Bagaimana untuk kita boleh menolongnya? Apa yang dia perlukan
sebenarnya?
Sangka buruk yang harus?
Tidak dinafikan ada beberapa jenis sangka buruk yang diperlukan demi
keselamatan diri. Ia juga dinamakan berhati-hati atau ‘hazar’. Ini dalam
bab lain, anda boleh membaca artikel yang menarik ni secara lengkap di Blog Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Penutup
Kadangkala, orang-orang sebegini hanya memerlukan seseorang yang sudi
mendengar masalah mereka. Seseorang yang boleh menjadi sahabat,
seseorang yang tidak menilai dari luaran, seseorang yang mampu menerima
mereka seadanya.
Adakalanya juga, mereka perlukan sesuatu yang lebih.. – iaitu
nasihat, panduan dan sedikit pelukan untuk memberikan mereka semangat
untuk hidup dengan lebih baik.
Tetapi semua ini tidak akan berlaku selagi kita masih seorang yang
judgemental, yang senang untuk menilai dan melabel orang lain. Bila kita
dapat membuang sifat ini, dan menggantikannya dengan rasa menerima dan
empati, kita akan menjadi sesuatu yang sangat membantu.
Dan secara tidak langsung, kita akan merasa lebih gembira dan bahagia disepanjang berlangsungnya proses ini.
InsyaaAllah
http://akuislam.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan