Jumaat, 26 September 2014

MUdah -Resepi Kek Oren Sunquick Sukatan Cawan

Resepi kek paling mudah nak dibuat, bahan pun simple je, gerenti ada dirumah :) Resepi ni untuk makan sendiri-sendiri je kay, untuk loyang kecil.

Kek oren sunquick kukus. Hias sikit bagi tambah selera ;)
 
 
 
 
Bahan-Bahan;

- 2 Cawan Tepung Naik Sendiri
- 1 Cawan Minyak Jagung
- 3/4 Cawan Gula Kastor
- 6 Sudu Besar Sunquick Oren
- 1 Cawan Susu Cair
- 1 Biji Telur

Cara-Cara;

1. Pukul telur dalam bekas, sehingga berbuih.
2. Masukkan minyak, cecair sunquick dan gula. Pukul lagi.
3. Masukkan susu dan tepung. Gaul sebati.
4. Tapis semua adunan kedalam loyang.
5. Kukus selama 45 minit / Bakar (180'c) selama 45 minit.

Tips Tambahan;

1. Boleh juga guna perahan lemon

 Ni kek dari loyang sebelum diterbalikkan :)

Selamat Mencuba!
 http://buatwanita.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...