Ahad, 21 September 2014

Resepi Kek Buah Kukus Mudah dan Sedap

Resepi ni kak maria ambil dari blog Azie Kitchen...thx azie..resepi mu ku cuba...Alhamdulillah menjadi dengan jayanya...hehehhh :)

Di sini kak maria kongsikan resepi kek buah kukus...rugi tak cuba sebab langkah nye sangat mudah dan senang. Resepi ni kak maria ubah sedikit dari resepi asal...saje gatal tangan...hihi

Kek Buah Kukus Mudah dan Sedap

Bahan-bahan :
500 gm butter
3 biji telur gred A
2 kotak mix fruit (500 gm)
2 sudu kecil asen vanila
2 sudu besar pati oren sunquick (resepi asal 2 sudu kecil esen ros)





Bahan ayak:

600 gm tepung gandum
2 sudu kecil soda bicarbonate
1/2 sudu kecil krim tartar (tak letak sebab tak jumpa krim ni di kedai)
1 sudu kecil serbuk pala (tak letak sebab tak ingat nak beli)

Gula hangus:

4 cawan gula (600 gm) 
1/2 cawan air 

Cara Cara:







Panaskan gula pasir di dalam kuali menggunakan api kecil sehingga gula cair dan berwarna perang. Tuangkan air dan kacau seketika sebelum dimasukkan butter. Terus masak sehingga butter cair.



Masukkan pula mixed fruits dan masak sehingga mendidih dan tutup api. Ketepikan dan sejukkan sebentar sehingga agak suam.

Masukkan semua bahan ayak ke dalam adunan buah tadi (yang telah suam/sejuk) sedikit demi sedikit dan gaul dengan senduk kayu sehingga rata dan sebati.

Dalam bekas lain, pukul telus dengan mixer. Kemudian tuankang ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati. Masukkan esen vanila dan pati oren sunquick.

NOTA: Jangan terlebih kacau takut buah mendap. Tak cantik la pula bila di potong.



Masukkan adunan kedalam bekas yang telah dilenser dengan butter.




Tutup kek dengan aluminium foil yang dilenser dengan butter.

Bungkus tutup pengukus dengan tuala/kain supaya wap air tidak menitis di atas kek. Kukus selama 4 - 6 jam (kak maria kukus 5 jam jer...) di dalam pengukus yang telah di panaskan airnya. Lagi lama di kukus kek lebih lembab dan tahan lama. Kukus dengan api sederhana pada 3 jam yang pertama dan selepas itu dikecilkan api. Kalau nak tambah air pengukus, pastikan di tambah dengan air panas.




Bila kek masak, buka penutup kukusan dan biarkan kek sejuk di dalam pengukus untuk menglakkan buah mendap. Bila sejuk, boleh la dikeluarkan dari loyang dan potong bila kek betul betul sejuk. Lagi baik jika di biarkan semalaman di atas meja sebelum di potong.






Taraa.....serius sangat sedap kek ni. lembut dan lembab...manis pon cukup cukup sahaja....

Siap di jamu untuk suami dan anak2 tersayang...minum dengan teh panas di petang hari...perghhh...best x2 
http://mariahamsah.blogspot.com/



2 ulasan:

  1. alaaa x suka mix fruit.tapi bila tgk mcm sedap.cane tu.hehe

    BalasPadam
  2. akak dah buat...... sedap .anak-anak pon suka

    BalasPadam

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...