Jumaat, 19 September 2014

Mengenal Perosak Jantung dan Pembuluh Darah

Hidup sehat  

Statistik Kementerian Kesihatan menunjukkan, penyakit jantung penyebab kematian nombor satu di Malaysia yang merangkumi 16.5 peratus kematian di hospital sepanjang 2008.

Malah, anggaran penyakit jantung koronari di negara ini adalah 40,000 kes baru setiap tahun bagi 28 juta penduduk dan kematian akibat penyakit ini dikatakan 2.5 kali ganda lebih tinggi berbanding kanser dalam kalangan wanita.

Dianggarkan, menjelang 2030, seramai 23 juta penduduk mati akibat penyakit ini.



Menjalani gaya hidup sehat adalah satu-satunya cara untuk menghindari penyakit ini.

Sebenarnya penyakit kardiovaskular boleh dicegah dengan melakukan perubahan gaya hidup. Berikut adalah empat penyebab yang boleh meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular.

1. Merokok

Kebiasaan merokok turut menjadi penyumbang terbesar kerosakan sistem kardiovaskular. Ini karena 60 peratus bahan kimia dalam sebatang rokok mengandung bahan beracun berbahaya, seperti nikotin, tar, hingga arsenik. Merokok juga akan mengurangkan elastik pembuluh darah serta memicu pengerasan pembuluh darah arteri.

2. Kurang sayur dan buah

Paling tidak kita harus makan dua bahagian buah dan tiga bahagian sayur setiap hari. Kebiasaan makan sayur dan buah juga akan menghindarkan kita dari kegemukan, yang juga menjadi faktor risiko penyakit jantung. Anda juga perlu mengurangkan mengunjungi restoren makanan segera kerana selain tinggi kalori dan lemak, makanan segera juga umumnya mengandung garam yang tinggi serta khasiat yang kurang.

3. Penggunaan ubat terlarang

Penggunaan ubat-ubatan terlarang seperti kokain dan amfetamin boleh meningkatkan risiko penyakit jantung koroner sampai tujuh kali ganda. Seperti  rokok, bahan-bahan kimia beracun dalam ubat terlarang juga berpotensi menyebabkan mendapan dan penyempitan pembuluh darah. Saat pembuluh darah benar-benar tertutup maka jantung akan berhenti bekerja.

4. Kurang bersenam

Untuk menjaga kesegaran dan kesehatan jantung, sebenarnya kita dianjurkan untuk bersenam sekurang-kurangnya 30 minit saja setiap hari. Dengan rutin melakukan aktiviti fizikal, aliran darah menjadi lebih lancar. Selain itu bersenam juga akan membuat kita terhindar dari kegemukan dan stres.

Sumber:


  • Harian Metro
  • Kompas.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...