Khamis, 17 November 2011

Tuanku Sultan perkenan kewujudan Tahfiz Sains



                                       
















ALOR SETAR – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah menyambut baik langkah kerajaan negeri mewujudkan institusi Maahad Tahfiz Sains.

“Dalam bidang pembangunan insan, kerajaan beta telah mengambil langkah yang strategik apabila mewujudkan institusi Maahad Tahfiz Sains.

“Beta percaya sekolah ini bakal membentuk generasi pelajar yang memiliki daya intelektual yang tinggi, berkeperibadian yang terpuji, berakhlak mulia dan menguasai Al-Quran sebagai panduan di dalam kehidupannya.

“Beta dapati usaha murni ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan di kalangan pelajar dan ibu bapa,” titah baginda dalam Titah Ucapan Dasar 2012, di sini.

Maahad Tahfiz Sains Darulaman merupakan Sekolah Menengah yang menggabungkan pembelajaran sains dan Tahfiz Al-Quran dan akan memulakan sesi persekolahan untuk pelajar Tingkatan Satu mulai Januari 2012 di Kulim sebagai sekolah sementara.

Kerajaan akan memulakan pembinaan Maahad Tahfiz Sains Darulaman di Pulau Tuba secara berperingkat-peringkat dengan menelan belanja RM3.5 juta.
wartakedah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...