Helsinki: Pengeluar telefon mudah alih, Nokia meluaskan produk
telefon pintar murahnya semalam, dengan melancarkan model Asha 310.
Telefon pintar yang dilengkapi SIM berkembar dan akses wi-fi itu disasar dapat meningkatkan penguasaan dalam pasaran sedang membangun.
Telefon pintar yang dilengkapi SIM berkembar dan akses wi-fi itu disasar dapat meningkatkan penguasaan dalam pasaran sedang membangun.
Nokia kehilangan penguasaan pasarannya kepada Samsung dan Apple bagi
pasaran telefon pintar di samping berdepan masalah dalam pasaran murah
berikutan meningkatnya persaingan daripada pengeluar China.
Syarikat Finland itu berkata, model baru Asha 310 akan dilengkapi dengan paparan sesentuh penuh tiga inci dan kamera tiga megapiksel.
Telefon itu juga membolehkan pengguna menukar antara kad SIM dan wi-fi untuk mengekalkan kos yang rendah.
Nokia merancang menjual telefon itu di Asia, Asia Barat, Afrika dan Brazil pada suku ini dengan harga AS$102 (RM316).
Dalam perkembangan lain, Nokia mengumumkan penjualan dua hartanah di bandar raya Oulu, Finland dalam urus niaga bernilai AS$40.8 juta (RM126.42 juta) sebagai sebahagian rancangan pelupusannya.
Syarikat perkhidmatan perniagaan dan sewaan hartanah, Technopolis membeli kedua-dua hartanah itu.
REUTERS/beritaharian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan