ORANG ramai kini tidak perlu ke Kutub Utara atau Kutub Selatan sekiranya ingin menikmati penginapan di kelilingi salji dan ais.
Hanya dengan menjejakkan kaki ke hotel De Polos bertempat di kawasan pergunungan Quebec, Kanada, impian mereka pasti tercapai.
Diilhamkan oleh Jules Verne, hotel ais yang dibuka pada 2001 ini mempunyai 44 bilik dan ditawarkan pada harga antara AS$400 (RM1,550) dan AS$550 (RM1,705) seorang.
Beliau berkata, reka bentuknya umpama istana kolonial, setiap perincian rekaan dari bangunan hinggalah ke bilik kesemuanya diukir dengan ais yang mengambil masa dua bulan untuk disiapkan.
"Hotel ini menyediakan tilam dan selimut disaluti lapisan pemanas badan serta dikelilingi ratusan lilin sebagai medium pemanasan," katanya
Menurutnya, sebanyak 13,607,771 kilogram (kg) salji dan 453,592,370 kg ketulan ais digunakan bagi mengekalkan sejuk beku di hotel yang mempunyai 60 kakitangan ini.
-DailyMail/myblogsantai.blogspot.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan