Ramai yang mencuba macam-macam cara untuk menjaga kesihatan, yang
makan makanan tambahan, ubat-ubatan, bersenam, jaga makan apa semua…
macam-macam caralah kan? tapi hari ni, saya nak dedahkan 10 fakta
kesihatan yang boleh buat korang tersenyum, tersengih, ketawa, garu
kepala, kerut dahi dan meletakkan dagu atas meja… jom kita tengok fakta
kesihatan tu.
1. Gula boleh menjejaskan kesihatan seperti rokok.
Walaupun gula nampak macam tak membahayakan diri macam merokok,
hakikatnya… melayan dengan makanan manis boleh membahayakan diri korang,
sama macam menghisap rokok. Menurut sekumpulan pengkaji dari Universiti
Carlifornia, gula merosakkan sama seperti alkohol dan rokok, menurut
mereka lagi, pengambilan gula perlulah dihadkan.
2. Tidur sejam lebih menggembirakan dari $60,000
Macam pelik kan? tidur sejam lagi menggembirakan pulak. Tapi pakar
psikologi, Daniel Kahneman dan rakan-rakannya dari US mengkaji, kenikan
mendapatan isirumah hanya memberikan sedikit kesan gembira dalam hidup.
Hakikatnya, kajian mencadangkan yang tambahan 1 jam waktu tidur setiap
malam lebih menggimbaran dari mendapat $60,000.
3. Senaman tidak akan membuat korang jadi kurus.
Walaupun ramai membuat senaman sebagai salah satu cara untuk menjaga
berat badan, banyak kajian menunjukkan, jika tidak disertakan dengan
kawalan pemakanan atau diet yang sihat, ianya hanya memberikan kesan
yang sangat sedikit dalam proses menurukan berat badan. Dalam kajian
yang diterbitkan dalam The British Journal of Sports Medicine mendapati,
sekumpulan 12 orang yang melakukan senaman yang diselia tetapi tidak
melakukan diet, tidak mengalami penurunan berat badan yang nyata.
Walaubagaimanapun, walaupun tak menurunkan berat badan, senaman tetap
memberikan faedah kesihatan yang lain.
4. Gula-gula getah meransang kuasa otak.
Tak ada masa untuk sarapan? Cuba gula-gula getah untuk lebih cerdas.
Pengakaji dari Coventry University mendapati, gula-gula getah berperisa
pudina menurunkan perasaan penat secara dramatik. Sementara itu, kajian
lain mendapati, mengunyah gula-gula getah bokeh menaikkan markah ujian
dan meningkatkan daya ingatan sebanyak 35%. tapi.. kunyah gula-gula
getah semata-mata sambil melihat je kertas ujian akan menyebabkan korang
gagal ujian tu… hehe
5. Kopi boleh menangkis kemurungan.
Kita selalu dengar yang kafein tak bagus untuk kesihatan,
bagaimanapun, satu kajian dari Harvard School of Public
Health menunjukkan, jika seorang perempuan meminum kopi empat atau lebih
cawan sehari, ia akan menurunkan risiko kemurungan sebanyak 20%. Kajian
awal yang dijalankan kepada lebih lapan puluh ribu wanita juga
mendedahkan, seorang wanita yang meminum lebih dari 2 cawan kopi sehari
kurang rasa untuk membunuh diri. umakaih…
6. Bersikap optimistik boleh menyelamatkan nyawa.
Optimistik(berfikiran positif), kita tahu, jika kita bersikap
optimis, ia boleh membawa kegembiraan dalam hidup dan hubungan,
bagaimanapun, kajian mendapati bersikap optimistik boleh membuatkan
anda hidup lebih lama. Hasil kajian yang diterbitkan dalam European Heart Journal mendedahkan
mereka yang bersikap optimis jarang mengalami penyakit jantung,
sementara kajian dari Duke University Medical Center pesakit jantung
yang bersikap optimis hidup lebih lama berbanding mereka yang tak berapa
nak optimis.
7. Mesin wang sama kotor dengan tandas.
Jarang la kot orang nak basuh tangan atau guna hand sanitizer lepas
amek duit kat ATM kan? ujian kebersihan yang dilakukan kat Britain
mendapati mesin wang sama kotor dengan tandas awam. Pakar mengelap pada
papan kekunci dari mesin wang dan tandas dan mendapati kedua-duanya
mempunyai bakteria yang sama yang boleh menyebabkan penyakit.
8. Wanita adalah sembilan kali lebih berkemungkinan untuk mengalami patah hati
ramai orang rasa yang diorang akan mati sebab patah hati, dan kajian
telah membuktikan, sidrom patah hati, satu keadaan dimana pengeluaran
adrenaline disebabkan oleh kejutan (sering dikaitkan dengan ketakutan
atau keperitan) boleh menyebabkan kegagalan hati. Lebih mengejutkan,
kajian juga mendapati perempuan 9 kali lebih berkemungkinan untuk
mengalami gejala ini.
9. kurang satu peratus bakteria penyebab sakit.
Dalam kehidupan kita, kita dikelilingi bakteria. Hakikatnya, kulit
manusia yang sihat diselaputi kira-kira 1000 jenis bakteria berbeza.
Tapi biasanya kita didedahkan dengan kepercayaan yang bakteria adalah
bahaya… Sebenarnya banyak bakteria yang baik untuk diri kita, termasuk
yang hidup dalam kulit dan usus kita.
10. Regangan sebelum berlari mengurangkan ketahanan.
Kebanyakan dari kita diajar untuk membuat regangan atau memanaskan
badan sebelum bersenam, bagaimanapun, kajian terbaru mendapati regangan
sebelum berlari mungkin tidak begitu berfaedah untuk senaman yang
dilakukan. satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Strength and Conditioning Research mendapati
regangan yang dilakukan sebelum berlari menyebabkan badan seorang
pelari kurang cekap dan menyebabkan mereka kurang bertenaga.
http://alongxp.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan