Ahad, 14 Julai 2013

Ikan Emas Bermain Bola Sepak

BRITAIN – Kebanyakan ikan akan melarikan diri daripada jaring, tetapi tidak si Ikan Emas Span. Dia dikenali sebagai ikan yang pandai bermain bola.

Tuan Pan, Peter Battison melatih ikan emas itu dengan memberikan kata-kata semangat kepada ikan itu untuk bermain bola sepak

“Tolak bola itu, tolak bola itu, bagus Span,” katanya pelatih.



 Pemiliknya yang berumur 80 tahun menyedari kemahiran bersukan Span selepas beliau menghadiri kelas manual melatih ikan emas.

“Biasanya untuk melatih ikan mulakan dengan memberi hadiah atau upah, umpama gaji pemain bola untuk mendorongnya berenang menembusi cincin.Selepas memperkenalkan beberapa halangan anda boleh menggunakan bola itu. Bola itu diperbuat dari plastik dan tidak boleh timbul,” katanya.

Ikan emas itu sudah pun mengutip kira-kira 30 pound untuk satu badan kebajikan di Exeter dan menerima ramai peminat. Sedihnya, ikan emas itu tidak boleh menandatangani autgraf.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...