Jumaat, 9 Ogos 2013

Aku Bukan PELACUR

 

Jika engkau melihat penampilanku, aku yakin engkau akan menganggapku cantik, meskipun tidak secantik bidadari. Kalau kau melihat kehidupanku, tak diragukan kau akan memberikan penilaian kehidupanku dipenuhi kebahagiaan, hampir sempurna. Kehidupan yang diidam-idamkan oleh hampir semua wanita.


 
Tapi, cubalah engkau selami jiwaku, akan kau temukan gelombang besar terjah-menerjah. Pasti kamu lihat lorong gua yang kelam dan gelap. Apa yang kau rasakan? Hancur berkeping-keping? Aku terlalu dilebih-lebihkan, yang tepat jiwaku meranggas. Jiwaku selalu memangggil-manggil kedamaian, ia ingin memeluk kesucian. Ya hampir sahaja diriku terperosok dalam kubangan lumpur hitam.

Sebagai wanita, sama seperti kalian, aku ingin mendapat sentuhan lembut dan penuh cinta seorang lelaki idaman. Jiwa wanita akan terus mengembara mencari lelaki idaman, kerana itu wanita tak mudah jatuh cinta pada lelaki. Lelaki, makhluk itu hanya mencari kepuasan, kenikmatan, bukan cinta. Lelaki bila bertemu dengan perempuan yang cantik dan putih, dia akan jatuh cinta.

Tapi wanita tidak begitu. Meskipun dia berjumpa dengan lelaki tampan, bertubuh aduhai, berduit lagi, dia tak akan langsung menyerah. Kerana wanita ditakdirkan menjadi mata air cinta, dia akan selalu jernih memaknai cinta. Wanita akan memberi kesejukan, tempat baring yang nyaman bagi orang yang dicintai.

Pun begitu, atas nama cinta perempuan juga dapat menjadi singa lapar, mengaum keras, menerjang, mencakar, dan mencabik-cabik tubuh siapa saja yang berani menodai cintanya.

Bila wanita sudah memilih seseorang sebagai pelabuhan cinta, maka akan dia berikan semua yang dia miliki, akan dia korbankan harga dirinya demi orang yang dia cintai. Dan itulah yang membuat lelaki menilai perempuan sebagai makhluk lemah. Ahh, tahu apa lelaki tentang kekuatan cinta.

Kelemahan perempuan merupakan kekuatan cinta. Perempuan yang kehilangan kekuatan cinta, dia akan menghina dirinya sendiri dengan cara mengemis pengakuan kesederajatan pada lelaki.

Dan itulah yang aku alami, penyesalan itu masih terus menyiksaku hingga kini, saat usiaku tak muda lagi.. :(
pakar cinta.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...