Khamis, 17 November 2011

ADINDA SULTAN KEDAH KEMALANGAN


KUALA KANGSAR: Adinda Sultan Kedah, Datuk Seri Tunku Anuar Sultan Badlishah nyaris maut selepas kereta mewah dipandunya terbabit kemalangan di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, kereta BMW berwarna putih dinaiki bersama isterinya
 Toh PuanBendahara Kedah, Datuk Noor Suzanna Abdullah, dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas melanggar pembahagi jalan.

Bagaimanapun, Tunku Anuar yang juga Tunku Bendahara Kedah serta isterinya terselamat dan tidak cedera dalam kemalangan di Kilometer 235, Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah utara berhampiran Padang Rengas, dekat sini.

Kemalangan dipercayai berpunca jalan licin akibat hujan lebat tidak membabitkan kenderaan lain. Bagaimanapun, kereta BMW dinaiki Tunku Anuar rosak teruk di bahagian depan dan ditunda.

Difahamkan, Tunku Anuar bersama isterinya menunggu berhampiran tempat kejadian sebelum diambil pemandu peribadinya dari Kedah.

Beliau pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar untuk membuat laporan kejadian sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...