Golongan-golongan seperti Rasul, Nabi,
para wali dan alim ulama mendapat keutamaan untuk mendapat gelaran ini.
Ada pendapat mengatakan bahawa gelaran yang lazim berada di belakang
nama adalah doa untuk golongan-golongan tersebut. Manakala gelaran yang
lazim berada di hadapan nama adalah tidak lain untuk memberi
penghormatan kepada golongan tersebut.
Di antara gelaran-gelaran itu ialah :
Gelaran pertama ini adalah untuk Para Sahabat ( r.a ) dan mereka yang telah jelas menjadi manusia yang diredhai oleh Allah Ta’ala menerusi Al-Quran Al-Karim , mahupun Sunnah.
2. “Rahimahullah“ ~ Ertinya : Semoga Allah merahmatinya .
Gelaran ketiga , digelarkan khas kepada Saidina ‘Ali Bin Abi Talib.
Gelaran keempat ini biasanya diberikan kepada mereka yang alim di
dalam bidang Tasawwuf ( yang sahih ) ataupun bagi mereka yang telah
mencapai maqam wali Allah Ta’ala , contohnya ianya diberikan kepada Imam
Al-Ghazali ( rh ) .Golongan Syi’ah juga menggunakan gelaran ini bagi imam-imam mereka yang telah meninggal dunia.
Biasanya digunakan oleh ulama’ – di dalam pendahuluan dan penutup sesebuah kitab klasik – sebagai doa agar diampuni dosa-dosa mereka dan ibu-bapa serta seluruh muslimin
Pemimpin yang dimaksudkan ialah pemimpin yang seiring-sekata dengan ajaran Al-Quran dan As-Sunnah , khasnya bagi mereka yang telah berjasa besar kepada umat Islam.
7. “Alaihis salam” ~ Ertinya : Kesejahteraan ke atasnya
Gelaran ini khas untuk para Nabi dan
Rasul. Ia adalah pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu apabila menyebut
nama para Nabi dan Rasul, akan disertakan terus panggilan ‘Alaihis
salam’.Namun bergitu, puak Syiah khususnya
mazhab Syiah Imamiah menggunakan gelaran ini di belakang nama imam-imam
mereka yang pada anggapan mereka paling banyak berjasa dan paling alim.
Mereka mengganggap imam mereka adalah maksum yang setaraf dengan para
Nabi dan Rasul dan ia berlawanan dengan pegangan mazhab Ahli Sunnah Wal
Jamaah.
8. “As-Syahid” ~ Ertinya: Seseorang yang mati syahid menegak syiar Islam
Gelaran ini khusus untuk para syahid yang meninggal dunia semasa berperang menegak syiar Islam.
Gelaran ini khusus untuk para alim-ulama
yang berjasa kepada masyarakat. Alim ulama ini menjadi guru kepada ramai
anak murid. Kebiasaannya, gelaran ini diberi kepada alim ulama membuka
sekolah pondok mahupun pasentren.
Gelaran ini adalah gelaran am dan ia
lazim digunakan untuk menghormati para ustaz, para alim ulama serta
muhsyid semasa diundang ke dalam sesuatu majlis.
takusahrisaublogsport
Tiada ulasan:
Catat Ulasan