Ahad, 17 Mac 2013

Insiden Bersalaman Yang Merubah Politik Dunia..

Neville Chamberlain-Adolf Hitler pada September 1938

Pemimpin German,Adolf Hitler menemui Neville Chamberlain di Godesberg, Jerman dan menghulurkan tangan untuk bersalam. Pertemuan yang agak bersejarah tersebut berlaku sebelum berlangsungnya Perang Dunia Kedua tapi kehangatan perang telah mula terpercik.

Pertemuan pada 22 September ini antara lain adalah atas desakan Britain untuk mengelak daripada tercetusnya perang selepas Hitler bertindak menceroboh kedaulatan Czechoslovakia. Chamberlain cuba mengikatkan kedamaian antara Britain dan Jerman namun telah ditolak bulat-bulat oleh Hitler selepas Hitler menyedari bahawa Jerman pernah beberapa dikhianati oleh Britain terutama semasa Perang Dunia Pertama dahulu.

Akibat kegagalan lawatan Chamberlain untuk berdamai, tidak lama selepas daripada itu, Perang Dunia Kedua dengan rasminya tercetus.
Chamberlain and Hitler in Munich 





Joseph Stalin-Harry Truman-Winston Churchill pada Ogos 1945

Pemimpin Pakatan Berikat, Stalin, Truman dan Churchill dirakam bersalaman antara satu sama lain ketika Persidangan Potsdam, Jerman pada 2 Ogos 1945. Persidangan itu mengambil masa 18 hari iaitu bermula 16 Julai 1945 sehingga berakhir pada 2 Ogos 1945.

Persidangan antara tiga kuasa besar ini antara lain adalah untuk membincangkan pembahagian wilayah Jerman yang telah runtuh akibat kekalahan mereka pada Perang Dunia Kedua. Persidangan ini dilaporkan genting apabila Presiden Amerika Syarikat yang baru, Harry Truman(menggantikan Rossevelt) mempunyai mentaliti anti-komunis yang kuat berbanding Rossevelt. Stalin pula seorang yang agak keras pendirian sehingga persidangan dilaporkan tegang.

Persidangan ini boleh dianggap sebagai detik pertama Perang Dingin antara blok Barat dan blok Timur yang kemudiannya memuncak pada era 1970-an.

CHURCHILL STALIN TRUMAN
John F. Kennedy-Nikita Khrushchev pada Jun 1961

Sejak berakhirnya Perang Dunia Kedua, tiada apa yang hangat di dunia ini melainkan pertelagahan dingin antara dua kuasa besar dunia, Amerika Syarikat dan Soviet Union. Pertemuan Kennedy dan Khrushchev pada Jun 1961 di Persidangan Vienna yang berakhir dengan insiden bersalaman antara dua orang pemimpin ini bagaimanapun tidak menunjukkan mereka berdamai.

Ini jelas apabila Kennedy cuba bermain api dengan Khrushchev dengan mengeluarkan kenyataan bahawa Amerika Syarikat akan sedaya-upaya mempertahankan hak Jerman Barat daripada dirempuh ideologi Komunis.

Khrushchev ternyata berang dengan kenyataan Kennedy telah mengarahkan pembinaan Tembok Berlin yang memisahkan antara Jerman Barat dan Jerman Timur. Pembinaan tembok ini memberi simbolik bahawa idealogi Komunis dan idealogi Kapitalis tidak boleh dicampur-gaul miskipun mereka daripada agama dan bangsa yang sama.

Kemuncak Perang Dingin antara AS dan USSR adalah pada Oktober 1962 apabila USSR secara sulit telah mengeksport kepala peledak nuklear kepada sekutunya di Cuba. Perisik AS cekap mengesyakinya dan bermulanya Krisis Misil Cuba yang hampir mencetuskan Perang Nuklear.

Kennedy and Krushchev Shake Hands at Meeting
Richard Nixon-Moa Zedong pada February 1972

Apabila Kerajaan China pimpinan Moa Zedong melaungkan ketidaksetujuan dan berpisah dengan Soviet Union, Richard Nixon mengambil kesempatan ini untuk cuba mempengaruhi kerajaan Komunis China sekurang-kurangnya untuk menjadi rakan dagang Amerika Syarikat pada masa akan datang.

Nixon mengadakan lawatan tersebut pada Februari 1972 untuk bertemu secara bersemuka dengan pemimpin Komunis buat kali pertama. Liputan diberi secara meluas oleh media kerana ia membuka satu dimensi baru kepada hubungan China-AS. Foto yang merakamkan antara Nixon dan Moa adalah yang pertama antara pemimpin Komunis China dan Barat.

nixon_mao
Anwar Sadat-Menachem Begin pada March 1979

Susulan daripada Perjanjian Pendamaian Camp David pada September 1978 antara Mesir dan Israel yang berlangsung secara rahsia selama 12 hari, Presiden Mesir ketika itu, Anwar Sadat dan Menachem Begin dilihat bersama-sama di sebuah pentas setahun kemudian dan bersalaman secara terbuka di hadapan media utama dunia.

Insiden itu merupakan lakonan semula tentang apa yang berlaku semasa di Camp David pada 17 September 1978. Anwar Sadat telah dikritik hebat oleh umat Islam apabila mengiktiraf Israel sebagai negara berdaulat. Sebagai balasan, Israel mengundurkan tenteranya di semenanjung Sinai yang ditawan mereka semasa Perang 6 Hari.

Kedua-dua pemimpin kemudian dianugerahkan Hadiah Nobel Keamanan susulan perjanjian di Camp David tersebut. Namun, segala-galanya terpaksa dibayar dengan harga yang mahal oleh Anwar Sadat apabila berterusan dikritik oleh umat Islam seluruh dunia. Bahkan rakyatnya mula bangkit untuk menggulingkannya. Pada 1981, semasa perarakan ketenteraan yang dihadiri oleh beliau dan menteri kerajaan Mesir, seorang tentera berpangkat Leftenan, Khalid Islambouli menembak mati Anwar Sadat. Khalid Islambouli pula dihukum tembak oleh skuad penembak pada April 1982.

 begin-sadat
Mikhail Gorbachev-Richard Nixon pada Jun 1988

Pertelagahan antara USSR dan AS sejak tahun 1970-an akhirnya menemui jalan akhir pada awal tahun 1990-an. Namun, apa yang penting adalah rakaman foto Gorbachev dan Nixon yang bersalaman pada Jun 1988 menandakan detik-detik kejatuhan Komunis yang akan berakhir tidak sampai satu dekad daripada tarikh tersebut.

reagan_gorbachev
FW de Klerk-Nelson Mandela pada May 1990

Dasar apartheid yang ekstrem di Afrika Selatan menyebabkan Nelson Mandela meringkuk di dalam penjara hampir 27 tahun di tiga penjara yang berlainan. Namun, pada 11 Februari 1990, FW de Klerk telah melepaskan Mandela daripada penjara selepas membuat beberapa perubahan dasar kerajaannya. Semasa Mandela dilepaskan, liputan diberi secara meluas oleh media seluruh dunia. Masing-masing mengkritik dasar perkauman yang melampau di Afrika Selatan. Pada Mei 1990, Mandela telah dirakam bersalaman dengan Klerk dan ia adalah petanda awal bahawa dasar apartheid telah menemui pengakhiran. Tidak sampai setahun selepas itu, Mandela telah memenangi pilihanraya umum dan diangkat menjadi Presiden kulit hitam Afrika Selatan pertama.

6b069293a4baa63dc1d485fe51f3521c
Yitzhak Rabin-Yasser Arafat pada September 1993

Israel pimpinan Yitzhar Rabin sangat menekan Palestin. Masyarakat Islam rata-rata mengencam dasar Israel yang melampau dan agresif. Amerika Syarikat pimpinan Bill Clinton cuba menjadi orang tengah di antara Israel dan Palestin yang diketuai oleh Yasser Arafat. Pementeraian penjanjian antara Israel dan Palestin menyebabkan Israel terpaksa mengundurkan tenteranya di wilayah Genting Gaza dan Tebing Barat. Tidak lama selepas itu, Arafat juga dibenarkan pulang ke Palestin.

Arafat telah dirakam bersalaman di hadapan media di Washington yang disaksikan sendiri oleh Bill Clinton dan Menteri Luar Israel, Shimon Peres. Perjanjian ini rupa-rupanya menimbulkan rasa tidak senang di kalangan ekstremis Yahudi yang tinggal di kawasan Tebing Barat. Tidak lama selepas perjanjian tersebut, Yizhak Rabin ditembak mati oleh seorang ekstremis tersebut.


RABIN CLINTON ARAFAT 
takusahrisaublogsport

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...