Abu Burdah bin Musa Al-Asy’ari meriwayatkan, bahawa ketika
menjelang wafatnya Abu Musa pernah berkata kepada puteranya: “Wahai anakku,
ingatlah kamu akan cerita tentang seseorang yang mempunyai sebuku roti.”
Dahulu kala di sebuah tempat ibadah ada seorang lelaki yang
sangat tekun beribadah kepada Allah. Ibadah yang dilakukannya itu selama lebih
kurang tujuh puluh tahun. Tempat ibadahnya tidak pernah ditinggalkannya,
kecuali pada hari-hari yang telah dia tentukan.
Akan tetapi pada suatu hari, dia digoda oleh seorang wanita
sehingga dia pun tergoda dalam pujuk rayunya dan bergelumang di dalam dosa
selama tujuh hari sebagaimana perkara yang dilakukan oleh pasangan
suami-isteri.
Setelah ia sedar, maka ia lalu bertaubat, sedangkan tempat
ibadahnya itu ditinggalkannya, kemudian ia melangkahkan kakinya pergi
mengembara sambil disertai dengan mengerjakan solat dan bersujud.
Akhirnya dalam pengembaraannya itu ia sampai ke sebuah pondok
yang di dalamnya sudah terdapat dua belas orang fakir miskin, sedangkan lelaki
itu juga bermaksud untuk menumpang bermalam di sana, kerana sudah sangat letih
dari sebuah perjalanan yang sangat jauh, sehingga akhirnya dia tertidur bersama
dengan lelaki fakir miskin dalam pondok itu.
Rupanya di samping kedai tersebut hidup seorang pendita yang
ada setiap malamnya selalu mengirimkan beberapa buku roti kepada fakir miskin
yang menginap di pondok itu dengan masing-masingnya mendapat sebuku roti.
Pada waktu yang lain, datang pula orang lain yang membagi-bagikan
roti kepada setiap fakir miskin yang berada di pondok tersebut, begitu juga
dengan lelaki yang sedang bertaubat kepada Allah itu juga mendapat bahagian,
kerana disangka sebagai orang miskin.
Rupanya salah seorang di antara orang miskin itu ada yang
tidak mendapat bahagian dari orang yang membahagikan roti tersebut, sehingga
kepada orang yang membahagikan roti itu ia berkata: “Mengapa kamu tidak
memberikan roti itu kepadaku.
Orang yang membagikan roti itu menjawab: “Kamu dapat melihat
sendiri, roti yang aku bagikan semuanya telah habis, dan aku tidak membagikan
kepada mereka lebih dari satu buku roti.”
Mendengar ungkapan dari orang yang membagikan roti tersebut,
maka lelaki yang sedang bertaubat itu lalu mengambil roti yang telah diberikan
kepadanya dan memberikannya kepada orang yang tidak mendapat bahagian tadi.
Sedangkan keesokan harinya, orang yang bertaubat itu meninggal dunia.
Di hadapan Allah, maka ditimbanglah amal ibadah yang pernah
dilakukan oleh orang yang bertaubat itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun
dengan dosa yang dilakukannya selama tujuh malam. Ternyata hasil dari timbangan
tersebut, amal ibadat yang dilakukan selama tujuh puluh tahun itu dikalahkan
oleh kemaksiatan yang dilakukannya selama tujuh malam.
Akan tetapi ketika dosa yang dilakukannya selama tujuh malam
itu ditimbang dengan sebuku roti yang pernah diberikannya kepada fakir miskin
yang sangat memerlukannya, ternyata amal sebuku roti tersebut dapat mengalahkan
perbuatan dosanya selama tujuh malam itu.
Kepada anaknya Abu Musa berkata: “Wahai anakku, ingatlah
olehmu akan orang yang memiliki sebuku roti itu!”
Semoga kita dapat merenung sejenak akan amalan kita kepada
Allah S.W.T.
http://seribupilihan.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan