Khamis, 18 Julai 2013

Info: Kod Awalan perkhidmatan SMS


Kod Awalan = Kod Awalan perkhidmatan SMS yang disediakan untuk peyampaian sesuatu maklumat atau perkhidmatan oleh semua telco telco di Malaysia,kerajaan,Pembekal kandungan dan syarikat tertentu kepada individu dan umum.

Contoh Celcom menggunakan kod awalan 28882 dan 29990 untu meyampaikan maklumat serta promosi terkini.
 

Kod Awalan 1XXXX - Perkhidmatan Kerajaan

Merupakan perkhidmatan SMS yang disediakan oleh kerajaan Malaysia untuk mempelbagaikan saluran saluran peyampai perkhidmatan.Terdapat dua jenis maklumat disedikan iaitu Maklumat Umum dan juga maklumat Peribadi.

1. Maklumat Umum

Menawaran maklumat tentang sesebuah agensi kerajaan seperti alamat pejabat-pejabat agensi dan perhubungan di seluruh Malaysia,muat turun borang agensi dan perhidmatan lai yang disediakan oleh agensi.

2. Maklumat Peribadi.

Memerlukan anda menjadi ahli agensi mendapatkan maklumat peribadi seperti keputusan peperiksaan ,status pemohonan, butiran akaun dan profil peribadi.


Kod Awalan 2XXXX - Perkhidmatan Telco

Bergantung kepada telco yang digunakan ,pelanggan pra-bayar dan pascabayar akan menerima SMS yang menawarkan maklumat,langganan dan juga promosi yang di tawarkan.


Kod Awalan 3XXXX - Perkhidmatan Pembekal Kandungan

Merupakan SMS yang akan dihantar oleh pembekal kandungan yang meminta pelanggan untuk melanggan perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka.Setiap langganan yang ditawarkan akan dikenakan caj sama ada secara bulanan ataupun setiap kali SMS diterima.(Spam)


Kod Awalan 6XXXX - Bulk SMS

Secara umumnya, Bulk SMS ialah satu sistem yang membenaran penghantar mesej untuk menghantar SMS di dalam satu kuantiti yang banyak secara serentak dalam satu masa. SEbagai contoh penghantar mesej boleh menghantar SMS promosi terkini kepada semua pelanggan secara serentak terus ke handphone pelanggan mereka.(spam)
 http://v12gether.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...