Aku ada abg.. Dah lama berpisah.. Tapi aku selalu utus
surat kat die yg kat kampung.. Satu pun x berbalas..
2 Tahun lepas.. Aku menikah tanpa izin abang.. Sebab puas
aku cari tapi x jumpa dia.. Sepanjang perkahwinan aku.. Aku x tenang.. Cuti
sekolah yang lepas.. Aku ajak suami aku balik kampung.. Aku nak bersihkan rumah
pusaka mak dan ayah.. Semasa membersih rumah usang tu.. Aku tersapu surat yang
aku kirimkan pada abangku 2 tahun yang lalu.. Sebelum aku menikah suratnya
macam ni..
“Khas buat abangku,
Abg, ko ingat lagi x..
Mak ngan ayah meninggal mase aku Darjah 5.. ko plak
Tingkatan 5.., Masa tu diorang eksiden sebab nak beli kek befday aku sebab
aku baling semua perhiasan kat umah kite, sampai mak terpaksa pegi beli ngan
ayah. Tapi aku hairan mase tu, ada satu bekas kaca yg aku pecahkan.. tbe2 byk
air keluar.. Tapi ko cepat2 lap lantai umah kite.. Tapi aku x amik kisah pon
pasal hal tu.. Sebelum pegi, diorang cium kita berdua. Diorang cakap
“ Abg, ko jaga adik. Jangan bagi dia nangis. Kalo mak dah
xde, ko jangan tinggal die. Ingat sket mak ngan ayah ko ni.. Jangan sesekali
biar die sorang-sorang “
Ko ingat x..
Sebelum diorang pegi beli kek, ko balik dari sekolah, ko
belikan aku pengikat rambut warna biru, sebab ko ske warna biru kan.. Tapi aku
campak kat longkang belakang umah kite, sebab aku suke warna pink. Lepas
kejadian tu.. ko x penah ucap bufday kat aku lagi.. Sampai sekarang..
Abg, ko ingat x..
Kita hidup 2 orang je lepas tu, ko x sekolah lagi.. Ko
pegi mana pon aku xtau.. Tapi malam malam baru ko balik dan xpernah cakap ngan
aku, Ingat tak, aku masak untuk ko, tapi ko xmakan pon.. Last2 pagi esok aku
nampak ayam2 yg makan. Ko x penah ucap terima kasih kat aku.
Abg, ko ingat x..
Pernah sekali aku mintak duit nak pegi sekolah, tapi time
tu ko tengah tido.. Aku amik Rm2 dalam poket jeans ko. Masa balik sekolah, ko
lempang aku sampai mulut aku darah. Tapi ko x pujuk aku balik pon.. Tapi
keesokannya,nasib baik luka tu dah elok..
Abg, ko ingat x..
Semasa umur aku 18 tahun.. Ko hantar aku kat Kuala
Lumpur, umah Pak Long.. Ko cakap ko ada hal.. Tapi sampai sekarang ko x datang
amik aku.. Berpuluh surat aku titipkan bersama airmata aku pada kau.. Kenapa
tiada sebarang balasan.. Kenapa abg??
Sekarang umur aku dah mencecah 26 tahun, dan umur ko dah
pun 32 tahun, aku sudah pun disunting orang.. Ketika hajat untuk menikah aku
sampaikan surat lagi pada engkau.. Kenapa kau diam je? Kenapa ko x cakap apa2?
Aku perlukan izinmu sebagai wali aku..
Abg,
Jika kau dapat surat ni.. Katakanlah pada aku.. Ada apa
sebenarnya yg sedang berlaku..
Salam sayang,
Adik.”
------------------------------------------------------------------
Aku mula terasa teringin nak selongkar rumah pusaka ni.. Yelah..
Nak balik jarang sangat..
Masa aku buka balik almari aku yang buruk yang dah kena
makan anai2..
Tibe2 ada satu kotak besar jatuh dan banyak kotak2 kecik
serta sampul2 surat..
Dan saat itu aku terpandang satu surat yang cantik
sangat… Dan aku buka…
“Assalamualaikum..
Kehadapan adikku yang jauh di mata ..
Maafkan abg kerana tidak membalas satu pun surat yang
engkau kirimkan.. Kerana aku tidak berdaya sayang.. Aku masih ingat detik kemalangan
mak dan ayah kita.. Iye, kau pecahkan perhiasan rumah.. Tahukah kau salah satu
perhiasan di situ adalah hadiah untukmu?? Mesti kau tidak perasan.. Yang pecah
itu adalah sebuah balang ikan emas yg telah aku, ayah dan mak belikan untuk
kau.. Tahukah kau ayah masih berhutang dengan apek yg jual ikan tu di pekan..
Adikku sayang..
Aku tau kau tak suka warna biru.. Tapi aku beli pengikat
rambut itu untuk kau.. Supaya kau akan ingatkan aku sentiasa bila kau pakai
pengikat rambut itu.. Walaupun kau dah campakkan pengikat rambut tu.. Aku dah
ambil balik, dan basuh.. dan telah aku letakkan dalam sebuah kotak kecil di
rumah kita.. Nanti kau ambil ya..
Adikku sayang..
Jangan lah kau bersedih kerana aku sudah tidak ucapkan
lagi tanggal hari jadi mu.. Kau pun sudah lupa ya.. Pada tarikh itulah kedua
orang tua kita meninggal.. Aku tak sanggup melihat tangisan engkau bila aku ucapkannya..
Aku harap kau mengerti..
Adikku sayang..
Tahukah kau kenapa aku hanya balik bila malam saja.. Kerana
aku bekerja di pekan.. Mengangkat guni2 untuk letak dalam lori.. Untuk menyara
engkau.. Untuk membeli buku sekolah engkau, makan kau, baju-baju engkau dan
semua persiapan kau.. Kerana masa itu.. Kau sangat terkenal dengan kecantikan
kau. Ramai yg memuji.. Aku harus sediakan perhiasan untuk kau.. Supaya kau
tidak rasa malu..
Aku tidak pulang siang hari kerana aku takut jika engkau
dicerca kerana abangmu yg kelihatan seperti pengemis ini..
Adikku sayang,
Siapa cakap yg aku tidak menjamah masakan kau.. Aku akan
makan masakan itu sebelum subuh.. Sebab aku perlukan tenaga untuk siang hari,
dan aku makan semasa engkau tidur.. Supaya jari-jarimu tidak tercedera dan
kasar semasa basuh pinggan dan matamu tidak bengkak kerana menemani aku makan..
Adikku sayang,
Aku malu untuk ucapkan terima kasih.. Kerana engkau
banyak berkorban untukku.. Kau menyediakan makanku dan segalanya.. Adakah
ucapan itu cukup untuk membayar semuanya?? Jika aku ucapkan terima
kasih.. Biarlah aku ucapkan di akhir hayatku.. Kerana terima kasihku untukmu
adalah untuk semua yg kau lakukan semasa hidupku..
Adikku sayang,
Maafkan aku kerana aku memukulmu.. Tahukah kau mencuri
dan mengambil barang tanpa kebenaran adalah berdosa? Aku tidak sanggup untuk
mengherdik kau lalu aku putuskan untuk memberi pengajaran yg akan kau ingat
sampai bila-bila.. Betulkan, selepas kejadian itu.. Kau sudah tidak mengambil
barang orang lain sesuka hati kan?? Itu tandanya perbuatanku tidak sia sia
kerana aku dapat mendidikmu..
Dan tahukah kau aku berhempas pulas menyapu minyak
dibibirmu pada malam itu ketika kau tidur? Aku keluar mencari pucuk jambu batu
dan menggilingnya sehingga batu lesung itu turut menggiling tangan aku.. Sakit
yang amat sangat.. Tapi aku tetap teruskan dan Alhamdulillah.. Aku berjaya
mencuci kesan minyak dan ubat itu sebelum kau bangun.. Aku tidak mau bengkak
itu mencacatkan wajahmu yang cantik itu..
Adikku sayang..
Maafkan aku kerana terpaksa memisahkan kau dari aku. Sebenarnya..
Aku menghantar kau kerana aku jatuh sakit ketika itu.. Mungkin kerana ketika
aku bekerja kontrak di tempat pembinaan menyebabkan aku sangat terdedah pada
debu dan simen.. Aku terjatuh semasa kerja dan dikejarkan ke hospital.. Doktor
mengesahkan aku menghidapi barah paru-paru di mana badan ku tidak berupaya
untuk memikul barang yg berat, serta pernafasan aku sudah tak selancar
dulu..Patutlah aku selalu batuk batuk, sesak nafas dan pandanganku yg makin
kabur.. Aku terpaksa dirawat di hospital walaupun doktor menjangkakan aku xkan
bertahan lama..
Sayangku..
Aku titipkan surat ni ke rumah pusaka kita, ketika ini
aku di hospital.. Jika suatu hari nanti engkau pulang.. Bacalah semua surat2
dan bukalah semua hadiah yg aku belikan setiap tahun lebih kurang 9 tahun
dahulu.. Dan maafkan aku jika tidak dapat sediakan hadiah untukmu pada tahun
ini..
Adikku sayang..
Mungkin tika kau membaca surat ini.. Aku sudah pun
tiada.. Jangan kau bersedih.. Di sini ada beberapa perkara yang ingin aku
katakan..
Untuk menyapu rumah kita ketika aku pulang dengan pakaian
dan kotor serta debu, TERIMA KASIH. Untuk mengelap setiap barang yg aku sentuh
supaya sentiasa bersih dan tiada kuman, TERIMA KASIH. Untuk membasuh pakaianku
yg busuk dengan peluh ku, TERIMA KASIH. Untuk melemparkan senyuman dan salaman
ketika aku pulang dr kerja, TERIMA KASIH. Untuk memasak lauk kegemaranku yg kau
sangka aku tidak suka, TERIMA KASIH. Untuk mengingatiku dan menulis surat yg
tidak bisa aku balas, TERIMA KASIH. Untuk menjadi adik yang sangat aku sayangi,
TERIMA KASIH. Untuk segalanya yang kita tempuhi, suka mahupun duka, TERIMA
KASIH.
Adikku sayang..
Sekiranya engkau disunting seseorang.. Biarkan pakcik
kita menjadi walimu.. Kerana aku mungkin sudah tiada.. Bahagiakanlah dirimu.. Kerana
itu yg aku mahukan.. Jagalah suamimu dan jangan kau ingkarinya..
Salam sayang sedalam-dalamnya,
Abang.”
Di rumah pusaka itu.. Aku termenung bersama jernihan
airmata yg mengalir.. Lantas.. Aku buka satu persatu hadiah yang dikatakan.. Semuanya berwarna pink.. Dan semuanya di tulis nama aku
dengan tulisan yg sangat indah.. Ya Allah.. Aku meraung sambil menatap hadiah
itu.. Ya Allah.. di manakah dapat ku cari insan semulia mu duhai abangku..
suntingan : karyawanbisu
sumber : lipspinkluvie
sumber : lipspinkluvie
Tiada ulasan:
Catat Ulasan