Washington : Mereka yang berusia 65 tahun dan ke atas serta mengamalkan
makan ikan mampu memanjangkan usia sekurang-kurangnya 2 tahun.
Ini berbanding mereka yang tidak mengambil asid lemak omega-3 yang biasanya didapati dalam makanan laut, kata satu kajian Amerika Syarikat.
Mereka yang memiliki tahap asid lemak omega-3 lebih tinggi juga secara keseluruhan mengurangkan sebanyak 27% risiko kematian lebih awal. Ia juga mengurangkan sehingga 35% risiko mati akibat sakit jantung berbanding rakan mereka yang mempunyai tahap darah lebih rendah.

Penyelidikan diketuai saintis di Sekolah Kesihatan Harvard dan disiarkan Annals of Internal Medicine.
Penyelidik melakukan imbasan terhadap data 16 tahun membabitkan 2,700 orang dewasa berusia 65 tahun dan lebih tua.
Responden kajian tidak mengambil makanan tambahan minyak ikan, bagi mengelak kekeliruan pengambilan makanan tambahan dan perbezaan diet.
sihat selalu.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan