Nicole Queen,
sebelum mengenali agama Islam adalah seorang wanita yang bekerja
sebagai jurukamera kelab malam di Dallas, Texas. Kerana kerjayanya itu,
dia mempunyai ramai kenalan dari beberapa pemilik kelab, pengunjung
kelab, DJ, bartender dan semua yang berkaitan dengan dunia kelab malam.
Pada suatu malam, dia bertemu dengan
seorang lelaki keturunan Arab di sebuah kelab. Mereka berkenalan dan
saling bertukar nombor talifon. Ada sesuatu yang membuatkan Nicole
kepeningan, lelaki arab ini tidak meminum arak seperti kebanyakan lelaki
lain di kelab malam. lelaki itu hanya memesan jus biasa, perkara kecil
inilah yang membuat Nicole ingin mengetahui lebih jauh mengenai lelaki
tersebut.
Kerana keserasian antara mereka, mereka
memutuskan untuk mengadakan perhubungan yang lebih serius. Dengan dua
budaya yang berbeza, tentunya sering terjadi pergaduhan. Walau
bagaimanapun mereka saling mengalah disebabkan saling menyayangi antara
satu sama lain. Nicole selalu perhatikan lelaki ini sangat dekat dengan
agama nya iaitu Islam, dan seringkali berfikir tentang arti kehidupan.
Suatu ketika Nicole bertengkar dengan
lelaki itu, “mengapa kamu kadang kadang menyakiti hatiku? Banyak orang
yang mahukan diriku. Aku seorang yang popular”. Lalu lelaki tersebut
membalas, “siapa orang-orang itu?, apa yang membuat kamu berbeza dari
mereka?“. Kata-kata inilah yang membuat Nicole berfikir panjang tentang
erti kehidupan, sehinggakan dia mengalami mimpi buruk mengenai masih
ramai orang yang kelaparan di dunia ini sedangkan dia dapat menghabiskan
$100 hanya untuk berhibur semalaman di sebuah kelab.
Melalui rakan yang berasal dari Bangladesh, dia mula mempelajari tentang Islam.
Secara diam-diam Nicole belajar mendalami agama Islam tanpa dikatahui
oleh teman lelakinya itu. Ini disebabkan Nicole tidak mahu teman
lelakinya berfikir dia memeluk Islam kerana atas dasar cinta.
Akhirnya Nicole mengucapkan dua kalimah
Shahadat di sebuah masjid tempatan di Dallas. Dia dikejutkan oleh
kedatangan kekasihnya beserta ahli keluarganya. Beberapa bulan selepas
itu, mereka berkahwin dan Nicole mengakui dia kehilangan beberapa
kawannya, tetapi Nicole berkata “ i really dont care about what they
thinks about me anymore “.
http://hasnulhadiahmad.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan