Jumaat, 19 Julai 2013

Pantun Seloka Hari Raya Aidilfitri

Pantun Seloka Hari Raya Aidilfitri. Pantun Hari Raya 2013 mengikut loghat setiap negeri di Malaysia sebagai Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk sahabat, saudara dan keluarga di kampung atau di perantauan. Sempena perayaan Hari Raya Puasa 2013 ini, ayat Hari Raya Aidilfitri seperti Pantun Seloka ini, di harap dapat mengeratkan ikatan silaturahim dan mendekatkan hubungan yang selama ini terpisah jauh. Pantun mengikut Loghat setiap negeri di Malaysia  sesuai digunakan sebagai Ucapan Raya Aidilfitri untuk semua. Berikut ialah Pantun Hari Raya 2013 mengikut loghat setiap negeri di Malaysia.

Pantun Seloka Hari Raya 




Pantun Seloka Hari Raya


Kelantan

Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu

Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang

Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor

Cegitu cegini awak suke ek
Awak suke kite tak suke ek
Esok luse hari raye ek
Sama-sama bersuke rie ek

Melaka

Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

Negeri Sembilan

Masak lomak cili api
Campo dongan ! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri

Selangor dan K.Lumpur

Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak

Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

Kedah

Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang

Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq

Perlis

Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

Koleksi Pantun Hari Raya

Pantun Seloka Hari Raya Aidilfitri 2013 mengikut loghat setiap negeri di Malaysia ini juga sesuai digunakan sebagai SMS Hari Raya Aidilfitri. Koleksi Ucapan dan SMS Hari Raya yang berbentuk Pantun Seloka sebagai pengganti diri atau sekadar hiburan menjelang Perayaan Hari Raya Aidilfitri.
 http://www.hootoh.my/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...