Kisah ini
dipetik dari page facebook untuk dijadikan tauladan. Semoga kisah ini
memberi sejuta manfaat dan kebaikan kepada para pembaca semua. Ini
adalah perkongsian dari seorang wanita dan ianya adalah kisah benar.
Dia isteri yang cantik, muda lagi.. NAMUN begitu berat ujian menimpa dirinya , tentang suaminya.. BUKAN buka aib sendiri, sebab baginya, tindakan yang dia ambil perlu untuk semua isteri contohi. AMBIL SEBAGAI PENGAJARAN! Ini kisahnya …
Assalamualaikum..tlg hide nama sy.sy hanya ingin meluah dan berkongsi. sy ingin isteri2 diluar sana beringat. dan amik pengajaran..
DIA LUPA, ALLAH ITU ADA
Sy Dan
suami Kenal dr zaman persekolahan lg. kami bercinta hampir 8 tahun.
Kemudian kami bernikah.Siapa yg x bahagiakan jika jodoh kekal hingga ke
jinjang pelamin.
Dikurniakan
rezeki awal,sy bunting pelamin..makin bertambahlah seri bahagia kami.
Pd usia kandungan 5bln,Allah turunkan dugaan. Sy menghidapi appendicitis
dan perlu jalani pembedahan.suami menemani sy selepas pembedahan.
Semasa cuti sakit,sy sedar perubahan sedikit demi sedikit pada suami sy.
Cepat marah,kurang sabar,ambil x endah tentang saya.suami sy seorg yg
baik sebenarnya.solat x tinggal..imamkan sy,beri tazkirah selepas solat,
alhamdulillah..tp dia lupa,Allah itu ada..
x
disangka2,Allah tunjuk petanda. Di FB suami ,ada wanita yg tidak saya
kenali.sy stalk FB wanita tersebut.terkejutnya sy,status nya semua
mengenai rindu dendam pada suami sy.hati isteri mana yg x hancur luluh.
Suami menafikan semua dan kata ada org ingin hancurkan kebahagiaan
rumahtangga kami.dia kata mungkin salah seorg bekas kekasihnya..sbg
isteri,sy percaya kata2nya..tp dia lupa,Allah itu ada..Ketika itu
kndungan saya 7bulan. lebih mengharukan suami sy sampai bersumpah itu
ini..Dan secara tiba2 dia kembali romantik.
tp dia
lupa,Allah itu ada.. 1malam,sy terbuka hati untuk check hp suami.
Inbox-clear. Sent item-clear. Draft – ……1 msg untuk seseorang..yg
membuktikan mereka ada hubungan..lg sekali,hancur luluh hati sy..saat
itu jugak sy tanya suami. Dia diam dan ingin mula solat.sy paksa dia
mengaku..pd mulanya dia katakan wanita itu bekas kekasihnya.dan pernah
keluar bersama.
ya
Allah..terduduk sy semasa mendengar pengakuan. Menangis,mengongoi…macam
org gila.ya,macam org gila..tp dia lupa,Allah itu ada. Dia ingat sy
keluar untuk pergi kerja pd malam itu.tp tidak.sy terus ke rumah
rakan.tanpa ditahan hati sy meluah segalanya..sy rancang untuk tumpang
di rumah rakan sehari dua.dan kami kembali ke rumah sy utk ambil
pakaian.sampai disana,kereta suami tiada.tahulah sy dia keluar berjumpa
perempuan tersebut.malam itu juga sy bilik ke rumah mertua.sy cerita kn
semuanya.(suami belum pulang ketika itu tp tahu sy di rumah mertua).
Suami call sy dan ckp dia jumpa perempuan tu sebab nk settlekan hal
mereka.sy dah x ambil pusing.mertua pula pujuk sy supaya x cerita pd ibu
bapa sy. Sy akur..
Suami
pulang pd hampir jam 11mlm.sy dan rakan tunggu di dalam kereta.suami
sampai ke terus masuk kereta sy dan terangkan bhw perempuan tu yg
gilakan dia.dia mengaku berkawan dan perempuan tu,keluar karaoke,dan
mula mengaku bahawa perempuan tu bin lah bekas kekasihnya.tp janda anak
4!
ya
Allah,kami br saja 25thn!! Dan katanya,hubungan mereka hanya sekadar
kwn. Katanya,dia cuba tinggalkan perempuan tu,tp x boleh sbb perempuan
tu akan ugut dia utk beritahu sy rahsia mereka.Bila sy tanya knp x terus
terang,dia bagi alasan sebab takut sy marah..ya Allah,macamla sy x
marah ketika ini..sy x puas ati,sy suruh dia bersumpah smbil pegang
perut sy atas nama anak.suami pd mulanya x setuju.tp tetap buat dalam
keadaan terpaksa.kemudian,kami pulang dan sy mendiamkan diri..sy masih
terasa ada sesuatu yg suami sembunyikan..betul,suami sy lupa..Allah itu
ada..
Pd subuh
hari,sy kejut suami.sy tanya elok2..sy suruh dia terus terang dan
ceritakan segala2nya pd sy supaya perempuan itu x tambah cerita,x buat
fitnah,x ugut dia lg. Suami diam. Dia akhirnya mengaku hubungan mereka
sudah jauh. Mereka sudah terlanjur. Bila ditanya berapa kali,sudah
3x..Allah….berat sungguh dugaanMu..bayangkanlah,sy sedang mengandungkn
anaknya 7bulan!!
Ketika
itu,sy diam.setitik air mata pon tiada..sy pandang kosong suami sy.sy
rasa cinta sy yg 8thn itu telah terkubur.sy diam sejenak.suami pula
menanti jawapan.dia menangis.sy biarkan..baru menyesal mungkin? Sy peluk
suami sy,sy bisik di telinganya..’abg bertaubatlah,solat taubat byk2.sy
maafkan abg..dan sy tiada dendam dalam hati’ suami pandang sy sambil
menangis teresak2 dan bertanya adakah sy masih terima dia lg.dan sy
hanya mengangguk.
Dia
menangis sambil memeluk sy,cium sy..sy terus bin dan berwuduk.ketika
solat lah br air mata sy jatuh..pd Allah sy mengadu betapa hancur
berkecainya hati sy ketika mendengar pengakuan itu..hati sy x tenang.sy
baca surah ar rahman. Tersedu2,sebak yg xtahu nk dicakapkan. Suami yg
melihat turut menangis.dia x sanggup tgk keadaan sy..dia call ibunya dan
berterus terang tentang dosanya dan ibunya turut menangis dan meminta
utk bercakap dan sy.sy x mampu utk berkata2 ketika itu.sy hanya menangis
dan menangis..suami cerita,dia x tahu knp dia boleh berubah sebegitu
sekali.sy tanya apa yg kurang pd sy,dia kata tiada apa yg kurang.sy ada
rupa,1000x cantik pd janda tersebut.sy solat,sy taat pd suami.sy
bekerja,sy dah bg dia anak..sy tutup aurat.ape lg??
suami kata
dia macam lupa diri..dia xtahu knp dia bodoh macam tu.dia menyesal dan
ingin lari di perempuan itu tp perempuan itu ugut utk beritahu dosa
mereka pd sy..sebab tu dia terpaksa stay berhubung utk tutup mulut
perempuan tersebut.
Mmg,sakitnya
ya Allahhh…. Dia saja yg tahu. Sy hanya bertahan utk sekejap.kemudian
sy x boleh lupa dan mula rasa ingin mrh.sy minta cerai pd suami dan
suruh suami kahwini perempuan tersebut.tp suami x nk.dia kata mati hidup
balik pun dia tetap x kan ceraikan sy. Pd saat itu sy kerap
menangis..tambahan pula perempuan tu mengamuk2 pd suami dan sy..habis
dia cerita semua yg sy x tahu..yg amat menyakitkan. Perempuan tu hantar
msg pd sy dan menyuruh suami sy hubungi dia.(suami dah patahkan
simcard). Sy bls msg ya dan nyatakan tiada apa yg belum selesai.sy dan
suami sy baik2 saja. Pastu,dia bls dan kata tahniah kpd saya krn
bersuamikan ya.perempuan tu kata lg,pastikan suami sy x cari dia seperti
mana suami sy mencari dia ketika sy melakukan operation dulu..
Ya tuhan, ketika aku bertarung nyawa melawan penyakit,suamiku curang…sedih dan pilu hati ni xtah nk khabarkan macam mana..
Tp Allah
nk ada..siapa la yg x marah..memang sy mrh.tp sy belajar utk memaafkan
dan melupakan..sy minta suami utk menghargai pengorbanan sy.sy minta utk
dia x lupa Allah tu ada..mcm2 suami tipu,tp Allah bantu sy beri
petunjuk..
Alhamdulillah,kami
kekal sampai sekarang..anak sy pn telah selamat lahir..kami cuba utk
lupakan segalanya.kami buka buku baru..suami pun dah berubah.sebab dia
tahu,tiada lg peluang jika sejarah berulang.jika berulang lg,sememangnya
tiada maaf bagimu. sy ada gaji sendiri,sy ada rupa,sy ada anak dah dan
sy ada Allah.apa ade hal?
Mungkin
ramai yg kata sy bodoh sbb sy bg peluang.tp bagi sy,lg bodoh jika sy
meruntuhkan masjid sendiri..sy yakin, Allah itu ada. Pasti ada hikmah
kenapa sy diduga sebegitu rupa,mungkin isteri2 di luar sana akan ambil
jalan cerai..mungkin,balas dendam..
Sabar
sahabat2ku,Allah itu ada..kita kena percaya qada dan qadar. Kuat
lah,bangkitlah,tunjuk pd dunia tangan lembut kita mampu menggoncang
dunia..yakinlah ALLAH ITU ADA~
Allah.. Allah.. Allah..
terbakor
saya juga lalui semua ni..paling sedih bila smua sms suami kepadanya dia hantar utk tatapan saya. takad hati memang mahu jauhkan diri dari suami dan pergi bina hidup baru. kerana anak saya tewas. bukan tidak mahu hidup sendiri. tp bila kenang apa yg ditulis suami..buat saya tak boleh terima dia lagi.
BalasPadamAllah Maha Besar. saya ambil keputusan untuk muhasabah diri.
nilai apa yg ditulis suami. untuk berdebat dengan janda tu..saya rasa dia bukan tandingan saya. kerana saya diambil dengan adat..bukan seperti dia. so untuk apa saya nak tergugat. saya yakinkan diri untuk ubah penampilan diri dan belajar dari smua kesilapan saya.
alhamdulillah. saya beroleh ketenangan.