Khamis, 15 Ogos 2013

Perangai Manusia: Sebelum Dan Selepas Dapat Kerja

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera semua...

PERANGAI MANUSIA: SEBELUM DAN SELEPAS DAPAT KERJA- macam mana agaknya ya?? Renung-renungkanlah...mungkin diri kita sendiri pernah atau sedang mengalaminya. Moga kita akan senantiasa menjadi hamba yang bersyukur kepada-Nya.


kerja, kerja oh kerja, penat, lelah, isnin, hari, susah

Sebelum dapat kerja:

Ya ALLAH, murahkanlah rezeki aku. Aku memohon kepada-Mu agar aku dapat pekerjaan bagi meringankan beban pada diriku dan juga keluargaku.


Selepas dapat kerja:

-Esok hari Isnin. Bosan!
-Letih la buat kerja macam ni!!
-Bos ni tak reti bagi aku rehat ke? Asyik bagi kerja je (sebenarnya dah rehat jam 9 pagi di kedai kopi dan balik makan tengahari)
-Hujung bulan, dapat gaji terus habis duit bayar sekian sekian (lupa bahawa dulu tiada rumah dan kenderaan sendiri)

Kerja itu satu wasilah untuk ALLAH beri rezeki kepada kita, tetapi ALLAH boleh bagi dengan pelbagai lagi jalan lain dengan iradat-Nya. Maksud rezeki itu sendiri pun tersangatlah luas. Ada orang banyak duit, tapi tiada masa yang lapang untuk rakan atau keluarga. Ada pula yang tak berduit tapi punyai masa yang sangat lapang. Ada juga yang kaya raya tapi kekayaannya dihabiskan untuk mengubati pelbagai jenis penyakit yang menimpanya. Ada pula yang miskin tapi mempunyai keluarga yang sangat-sangat bahagia. Kena ingat, bukan semua duit yang masuk ke dalam poket kita akan menjadi rezeki kita, boleh jadi ia adalah rezeki untuk orang lain.

Apa pun wasilah rezeki kita, tolonglah jauhkan diri dari merungut kerana merungut itu menghilangkan keberkatan rezeki. Rasulullah sudah mengajar kita bagaimana cara untuk mensyukuri nikmat yang ada pada kita iaitu dengan melihat orang yang di bawah jika berkenaan dengan dunia. Manakala hal akhirat, lihatlah orang di atas kita(para anbiya, sahabat, ulama, solihin, dan sebagainya).. Jika tidak dapat menahan diri daripada merungut, maka berhenti adalah lebih baik supaya orang lain yang lebih memerlukannya mempunyai peluang untuk mengerjakannya dan carilah keperluan lain supaya keberkatan itu berkekalan. 
Wallahu'alam...
 http://kum-pun.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...