Kewajipan Menunaikan Zakat Fitrah
Siapa
belum bayar zakat fitrah silalah bayar dalam bulan Ramadhan ni. Jangan
dilengah-lengahkan sangat takut nanti terlupa pulak. Mungkin ada yang
nak bayar pada waktu paling afdal iaitu sebelum solat sunat Aidilfitri.
Tapi kalau tak sempat bayar nanti zakat yang dibayar selepas solat sunat
Aidilfitri hanya dikira sebagai sedekah-sedekah biasa.
Dari Ibnu Abbas r.a., bersabda Rasulullah SAW, “Mewajibkan zakat fitrah itu sebagai pembersih bagi orang yang berpuasa daripada perbuatan yang sia-sia dan perkataan yang kotor dan sebagai makanan bagi orang miskin. Kerana itu, sesiapa mengeluarkannya selepas solat (Aidilfitri), maka ia merupakan salah satu sedekah dari sedekah-sedekah biasa.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibn Majah)
Tujuan
zakat fitrah adalah untuk membantu fakir miskin menyambut Aidilfitri.
Adalah lebih afdal membayarnya pada ketika yang hampir dengan
Aidilfitri, asalkan sebelum solat sunat Aidilfitri.
Waktu Menunaikan Zakat Fitrah
Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5 iaitu:
- Waktu Wajib
Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
- Waktu Paling Afdal
Sebelum solat sunat Hari Raya Aidilfitri.
- Waktu Sunat
Sepanjang bulan Ramadhan.
- Waktu Makruh
Selepas solat sunat Hari Raya Aidilfitri sehingga terbenam matahari pada 1 Syawal.
- Waktu Haram
Selepas terbenam matahari pada 1 Syawal. Hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan dengan segera zakat fitrah, dan pada waktu itu ianya dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan