Seringkali apabila membincangkan bab keibubapaan, kita selalu menekankan peranan seorang ibu. Namun jangan sesekali melupakan kepentingan peranan ayah dalam mendidik anak menjadi insan soleh dan solehah.

Memang tidak dinafikan ibulah yang bersusah-payah mengandungkan anak selama sembilan bulan, bertarung nyawa berjam-jam untuk melahirkan zuriat tersayang, menyusu dan berkorban kesakitan demi memastikan si anak sihat dan sempurna tumbesarannya.