Selasa, 23 April 2013

Kisah Benar di Arab Saudi - Peringatan Tuhan Untuk Remaja Yang Meninggalkam Solat

Kisah nyata ini diceritakan sendiri oleh pelakunya dan pernah disiarkan oleh Radio Al Qur’an di Makkah al Mukarramah. Kisah ini terjadi pada musim haji dua tahun yang lalu di daerah Syu’aibah, yaitu daerah pesisir pantai laut merah, terletak 110 Km di Selatan Jeddah.

Pemilik kisah ini berkata:

Ayahku adalah seorang imam masjid, namun demikian aku tidak shalat. Beliau selalu memerintahkan aku untuk shalat setiap kali datang waktu shalat. Beliau membangunkan ku untuk shalat subuh. Akan tetapi aku berpura-pura seakan-akan pergi ke masjid padahal tidak.
 
 

Kisah Benar: Barang Hilang Dijumpai Dengan Membaca Surah Yassin

!Assalamualaikum!

Kisah yang aku nak ceritakan ni kisah aku sendiri. Sebenarnya perkara ni berlaku semalam lagi, tapi rasa malas sangat nak citer pasal kes ni semalam, hari ni baru ada mood nak citer..hee..pasal kes beg dompet aku yang hilang kat kampus semalam.

Cerita yang sebenarnya camni, pagi semalam aku pergi makan kat kafe fakulti aku. Lepas je makan bubur yang sedap tuh, tiba-tiba aku sakit perut jadi cepat-cepatlah aku ke toilet dengan bawak sekali beg duit tu. Sampai je ditoilet aku letaklah beg tu dekat atas pam air tu kan*tak ade tempat lain dah*. Selesai je semua, aku terus keluar toilet dan tak ingat langsung kat beg tu

Acer Bakal Memperlihatkan Komputer Riba Yang Boleh Berubah Ke Desktop?

Sering kali kita lihat bentuk dan rekaan peranti yang kreatif daripada Asus, dan nampaknya kini Acer turut sama tidak ingin ketinggalan, dan memperlihatkan sebuah video baru yang menunjukkan sebuah peranti yang berubah daripada komputer riba kepada desktop.

Acer Laptop Desktop 


Peristiwa Aneh, Pelik dan Ajaib - Hukuman Mati Tetapi Tidak Mati

Renunglah peristiwa peristiwa pelik dan ajaib yang berlaku kepada individu berikut. Mereka diputuskan hukuman mati tetapi Tuhan maha menentukan - mereka tidak mati bahkan dapat terus hidup bertahun-tahun selepasnya. Tuhan maha kuasa.

Berikut merupakan kisah 5 orang yang terlepas dari hukuman mati..

1. Anne Green


Anne Green dihukum mati dengan cara digantung ketika berumur 22 tahun. Pada masa itu, hukuman gantung dilaksanakan dengan cara banduan disuruh mengalungkan sendiri tali ke lehernya.
 
 

MQ-8C Fire Scout - Teknologi Terbaru Tentera US



MQ-8C Fire Scout - Teknologi Terbaru Tentera US

MQ-8C Fire Scout - Teknologi Terbaru Tentera US | Sekali imbas, ia kelihatan tidak ubah seperti sebuah helikopter biasa walaupun terdapat sedikit perbezaan, tetapi pesawat baru buatan Northrop Grumman itu kekurangan sesuatu yang amat penting, iaitu juruterbang.
 
 

Merasai Keunikan Menginap Di Hotel Patuh Syariah


Merasai Keunikan Menginap Di Hotel Patuh Syariah...De Palma Ampang 
PERNAH tak anda menginap di kamar hotel yang lengkap dengan sejadah, telekung, kain sarung, Al-Quran hingga ke peringkat diberi peluang menikmati air zam-zam secara percuma oleh pihak pengurusannya?



Cara Mudah Tukar Gambar Jadi Hitam Putih

Tukar Gambar Jadi Hitam Putih Guna Photoshop, sebelum selepas

Walaupun hari ini adalah zaman gambar berwarna dengan resolusi tinggi namun, tidak dinafikan bahawa fotografi hitam dan putih (black and white) masih ada peminatnya. Kadang-kadang gambar hitam-putih ni boleh mendatangkan satu 'feel' yang unik berbanding gambar berwarna. Dengan teknologi digital yang ada, penghasilan gambar hitam-putih adalah sangat mudah dilakukan. Dalam tutorial ini saya akan tunjukkan cara mudah ubah gambar berwarna kepada hitam-putih menggunakan Photoshop. Boleh guna mana-mana versi Photoshop. Simple, senang dan efektif.

Kalau dah sedia...
 
 

Perkara Yang Tak Boleh Buat Pada Bos

 
 
Dah namanya pun BOS, jangan la nak buat bukan-bukan kepadanya. Nanti tak tentu pasal kena pecat pulak. Dah nasib badan kerana korang itu kena fikir korang itu bukan bos dan perlu ikut syarat-syarat yang di tetapkan diorang tu. Jadi, jom kita lihat apakah perkara yang korang tak boleh buat kepada bos korang itu...
 
 

Resepi Sambal Tumis Udang Simple Tapi Lazat

google image
Hai uols..

Resepi hari ni "Sambal Tumis Udang" yang sangat simple but sangat lazat. Hanya memerlukan 10-15 minit untuk masak.Bagi sesiapa yang bergelar wanita bekerjaya,student atau orang pemalas masak bolehla cuba masakan ni..
 
 

Lembah Bunga Di Lereng Gunung Yang Menakjubkan.

 Lembah Bunga di Himalaya. Lembah Bunga adalah lembah di ketinggian Himalaya pada ketinggian 3,600 meter di atas paras laut, dilindungi oleh gunung bersalji. Lembah Bunga Taman Negara adalah taman di lembah India, yang terletak pada ketinggian di Barat Himalaya. Taman terbentang luas yang seluas 87,50 km ². Kedua-dua taman yang terkandung dalam Nanda Devi Biosfera Reserve (223.674 ha) yang dikelilingi oleh zon penampan (5,148.57 km ²). Rizab ini adalah dalam Rangkaian Dunia Rizab Biosfera UNESCO sejak tahun 2004.
 
 

Tasik Qarun- Qarun Tenggelam Bersama Harta Kekayaanya

 
                                                                             Tasik Qarun
Menurut lagenda yang mahsyur di daerah ini, tasik ini pada asalnya adalah merupakan istana Qarun dan hartanya telah ditenggelamkan oleh Allah Taala di atas kekufuran Qarun. Tasik ini terletak berhampiran bandar al-Fayyoum.

Tasik Qarun ini merupakan tasik air masin dan di sekitar persisiran tasik tersebut penuh dengan kulit-kulit kerang dan siput. Keluasan Tasik Qarun ini seluas 55,000 hektar, manakala tasik tersebut adalah merupakan sebahagian daripada harta-harta Qarun yang telah ditenggelamkan oleh Allah Taala. Difahamkan untuk membawa kunci-kunci gudang sahaja Qarun, sebanyak 100 ekor unta diperlukan. 

Apa Yang Perlu Dilakukan Apabila Lelaki Marah


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua pembaca nukilan Kasih Suci? Alhamdulillah Kasih Suci baru sembuh dari demam teruk akibat jangkitan kuman yang melemahkan badan KS sehingga tak mampu bangun selama seminggu lebih lamanya. Kini KS kembali bersama kalian dengan tips – tips yang mungkin berguna buat panduan kita semua.


Perkongsian Bersama

 
 
 

20 Cara Menguatkan Iman

20 Cara Menguatkan Iman
 
1. Perbanyaklah menyimak ayat-ayat Al-Quran

Al-Qur'an diturunkan Allah sebagai cahaya dan petunjuk, juga sebagai ubat bagi hati manusia. "Dan Kami turunkan dari Al-Qur'an sesuatu yang menjadi ubat dan rahmat bagi orang-orang yang beriman." (Al-Isra ': 82).

Kata Ibnu Qayyim, yang seharusnya dilakukan oleh seorang muslim untuk menyembuhkan hatinya melalui Al-Quran, "Caranya ada dua macam: pertama, engkau harus mengalihkan hatimu dari dunia, lalu engkau harus menempatkannya di akhirat. Kedua, sesudah itu engkau harus menghadapkan semua hatimu kepada pengertian-pengertian Al-Qur'an, memikirkan dan memahami apa yang dimaksudkan dan mengapa ia diturunkan. Engkau harus mengamati semua ayat-ayat-Nya. Jika suatu ayat diturunkan untuk mengobati hati, maka dengan izin Allah hati itu pun akan sembuh. "


Isnin, 22 April 2013

iPhone Case Design Yang Paling Unik

 gempak dan menarik sekali..semoga menjadi inspirasi untuk membuat reka bentuk reka bentuk yang lebih menarik..
 
 

Permainan Baling Selipar kenangan sewaktu kecil

 
 
Permainan Baling Selipar merupakan sejenis permainan tradisional kanak-kanak. Ia sama seperti permainan Baling tin Cuma ditukar kepada selipar. 3 selipar diperlukan untuk permainan ini selipar disusun menegak dan dibaling untuk menjatuhkan.
 
 

Nasihat Ibu Ikan Kepada Anaknya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. 

Apa khabar? Moga semua yang ada sihatlah hendaknya. Hari ni aku tak tahu nak tulis apa sebenarnya kat atas kertas bercahaya ni. Cuma aku nak kongsikan tamthil/perumpaan yang telah sahabat aku emelkan kepada aku tadi. Cantik sungguh kisahnya. Jadi tak salahkan kalau aku kongsikan bersama? 
Sekadar renungan untuk diri kita bersama. Cerita ni aku dah olah sikit dari segi penggunaan bahasanya sebab sahabat aku ni dari Indonesia. 
Tanpa membuang masa lagi. Marilah sama-sama kita ikuti hasil perbualan antara si Ibu ikan dengan anak-anaknya. 

Ladang Bunga Tulip Di Belanda Yang Sangat Warna Warni

Belanda sangat terkenal dengan ladang bunga tulipnya. Setiap tahun dari Mac sehingga May, kawasan ladang bertukar menjadi berwarna-warni kerana musim menanam tulip. Menurut Nat Geo, tulip mula ditanam di Belanda sejak 1593 dan menjadi simbol negara sejak itu.





Resort Terapung Gili Lankanfushi Yang Eksotik!

Alangkah bestnya jika satu hari nanti dapat pergi ke tempat macam ni...

    
 
 
 

Khasiat biji selasih

Biji selasih iaitu biji-biji kecil yang kelihatan seperti telur katak sering dicampurkan ke dalam minuman sejuk terutamanya laici kang dan juga beberapa minuman sejuk yang lain.  Adakah anda tahu, biji selasih sebenarnya juga mempunyai pelbagai khasiat untuk tubuh badan manusia.  Di antara khasiatnya adalah:


Resepi - Ikan Masin Tumis Simple


share dari link fb ~Buku Resepi

Ikan Masin Tumis Simple boleh membuatkan makan tengahari anda bertambah-tambah pinggan nasi. Jom masak.....
 
  

Bandar Ghadames Yang Unik di Libya, Lelaki-Wanita Terpisah

Di Libya terdapat sebuah bandar yang unik disebabkan dua perkara. Pertama, senibina kawasan penempatan yang kompleks dan seperti sarang lebah. Yang kedua, bentuk tersebut mempunyia tujuan khas: Kaum lelaki dan wanita terpisah.

Sebagai penerapan sebuah hukum Islam agar menjauhkan zina (percampuran lelaki dan wanita) dalam kehidupan seharian, mungkin bandar Ghadames menjadi contoh yang unik. Kota ini disebut juga “pearl of the desert” atau "mutiara gurun". Letaknya di Daerah Nalut, Tripolitania, sebelah barat daya Libya.
 
 

Tanda - Tanda Suami Anda Ingin Kahwin Lagi

Alhamdulillah. Syukur lagi dan lagi kerana aku masih lagi diberikan ruang dan peluang untuk bertapak di atas muka bumi ini. Masa yang terlalu singkat ini insyaALLAH akan aku gunakan dan manfaatkan dengan sebaik yang mungkin. Moga ALLAH redha atas apa yang aku lakukan ini. 
 
Hari ini aku nak bocorkan rahsia tentang kaum adam pulak (suka-suka hati je). Mana lah tahu berguna buat kaum hawa yang sudah berumah tangga. InsyaALLAH. Bolehlah dimanfaatkan sebaik yang mungkin.......mungkin???
 
 

Rahsia Di sebalik Kewujudan Bunga Mawar...


share dari link fb ~Din Himalaya



Rahsia Di sebalik Kewujudan Bunga Mawar...

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم

Di Nukilkan oleh Para Masyaikh didalam peristiwa Isra' Mikraj...

Kerana ketakutan dan merasa malu terhadap Baginda Nabi Muhammad S.A.W, maka BuraQ berpeluh dan diriwayatkan bahawa peluh BuraQ tersebut menitis kebumi dan Tumbuh Mawar berwarna KUNING daripadanya.
 
 

Renungan buat diri

 
 
 

Ahad, 21 April 2013

Renungan Buat Diriku

Tak mudah melakukannya. Cacian dan penghinaan itu umpama satu perkataan yang sudah terlalu sebati dalam diri ini. Namun, itulah perkara yang harus ditempuhi dan dilalui. Pengorbanan itu pahit rasanya, kerana syurga yang dikejar dan ingin dimiliki itu punyai kemanisannya yang tersendiri.
http://kum-pun.blogspot.com

Umur 9 Tahun Dah Jadi System Enggineer

Marko Calasan, remaja berumur 9 tahun asal Macedonia, menjadi system engineer yang diberikan sijil pengiktirafan oleh Microsoft.

Pada umur 6 tahun, Dia menjadi system administrator untuk sebuah yayasan bukan kerajaan yang membantu orang-orang cacat. Kepada Cnet lewat e-mail, Marko berkata, “Mereka senang punya administrator yang bagus.”


Gelagat Haiwan Berambut Fesyen K-Pop


Tahukah anda apa itu haiwan yang bernama alpaca? Alpaca ialah sejenis spesis haiwan seperti unta yang mendiami bahagian Amerika Selatan. Jika anda kenal dengan haiwan bernama llama, alpaca ni menyerupai llama namun mempunyai saiz badan yang lebih kecil.

Alpaca ini diternak khas untuk mendapatkan fiber (atau bulu) mereka, yang menyerupai bulu pada kambing biri-biri. Bulu pada alpaca ini digunakan untuk membuat produk jahitan dan tenunan seperti selimut, sweater, topi, sarung tangan, skaf dan sebagainya. Tapi tahukah anda apa yang paling menarik mengenai alpaca ini? Rambut mereka!
 
 

Stesen Janakuasa Solar Terbesar Dunia Di UAE

Negara Emiriah Arab Bersatu adalah sinonim dengan minyak, kekayaan dan pembinaan monumen mega. Shams 1 ialah stesen janakuasa solar terbesar di dunia dan ianya mampu menjanakan 100 MW tenaga elektrik setiap hari. Ini mampu membekalkan tenaga untuk 20 000 rumah di Abu Dhabi. 

Shams 1 yang bermaksud Matahari 1mempunyai keluasan 2.5 kilometer persegi yang memuatkan 258 048 keping cermin. Ianya dibuka secara rasmi pada 19 Mac yang lalu selepas tiga tahun pembinaan dengan kos USD 600 Juta (RM 1.8 Billion). Dua lagi stesen janakuasa solar dengan keluasan yang sama akan dibina bagi mengurangkan pergantungan UAE kepada minyak untuk menjana kuasa elektrik. 
 
 

Masjid Biru Mazar-I-Sharif Afghanistan

Masjid Biru Mazar-I-Sharif ialah antara masjid yang tercantik di dunia. Ianya dianggap suci oleh sesetengah penganut Syiah yang percaya ianya merupakan makam kepada Saidina Ali. Menurut lagenda, jasad Saidina Ali digali semula dan dilarikan ke timur selama beberapa minggu di atas seekor unta. Jasad kalifah ke-4 Islam ini digali semula kerana pengikut beliau percaya musuh-musuh mereka akan memusnahkan jasad Saidina Ali sekiranya ia dibiarkan ditanam di Najaf, Iraq. Selepas melarikan diri selama beberapa minggu, unta yang membawa jasad Saidina Ali mati kepenatan dan jasad Saidina Ali ditanam di Balkh, Afghanistan secara rahsia dan kemudian dilupakan.
Pada kurun ke-12 seorang Mullah berkata beliau bermimpi didatangai Saidina Ali yang menunjukkan lokasi makan beliau. Masjid Biru kemudian dibina di atas lokasi yang diberikan melalui mimpi ini. Selain menjadi makan Saidina Ali, masjid ini juga terkenal dengan merpati putih yang dibela di perkarangan masjid. Ianya juga menjadi sebahagain kecil kawasan awam yang membenarkan kaum wanita membuka purdah mereka tanpa perlu risau diambil tindakan.



20 Perisa Aiskrim Yang Pelik Dari Seluruh Dunia..!!

Kebanyakannya di negara-negara timur, ada didapati beberapa perisa ais krim buruk seperti lidah lembu, daging kuda mentah danlain-lain Aiskrim biasanya digunakan sebagai hidangan manis yang sejuk dengan rasa menarik. 
Aiskrim - Digemari ramai  
Biasanya kanak-kanak sangat sinonim dengan aiskrim ini. Satu sudu perisa kegemaran sudah menyenangkan. Terdapat banyak perisa aiskrim yang lazat mengikut citarasa masing2. Tetapi terdapat beberapa rasa pelik ais krim di dunia timur yang begitu aneh untuk dimakan. Jadi jom kia selongkar antara perisa atau perasa Aiskrim paling Unik dan pelik di Dunia Timur...!!
 
 

Senarai LIF Yang Paling Menakjubkan Di Dunia


5 ELEVATOR PALING MENAKJUBKAN DAN MENAKUTKAN DI DUNIA | Elevator atau di sini lebih popular dengan sebutan lif sudah pasti terdapat pada gedung-gedung pencakar langit.

Dengan alat pengangkutan inilah kita boleh bergerak dengan cepat mencapai lantai yang tinggi dari tingkat ke tingkat.Di lokasi-lokasi tertentu, ada beberapa lif yang dirancang membuat orang yang menaikinya sakit jantung dan gayat terlampau.

Andai anda tiada keberanian, jangan gatal-gatal nak cuba menaiki lif yang disenaraikan di bawah. Takut nanti ada orang terkencing ketakutan. Ha! Ha! Ha!

Saksikan senarai lif paling menakutkan di dunia.
 
 

Jom Tengok Sup Ular Di Hong Kong

Sesetengah ular yang dipelihara dan ada yang ditangkap ini kemudiannya akan dipotong halus sebelum dicampurkan dengan bahan-bahan tertentu sebelum dimasak untuk dijadikan sup daging ular yang agak popular dan tradisional sejak turun-temurun sebelum dihidangkan kepada pelanggan..
 
 
 

Khasiat Tembikai Susu

Tembikai susu merupakan buahan yang menjadi kegemaran saya, lagilah kalau dimakan ketika hari tengah panas. Sudah agak lama saya tidak menulis post mengenai khasiat buah, jadi kali ini apakata kita lihat serba sedikit khasiat buah tembikai susu ini. Buah tembikai susu dipetik bukan dari segi saiz tetapi dari segi kematangannya, jadi kalau buah tu sudah besar tetapi masih belum masak atau matang ianya tidak patut dipetik. Malah ketika anda ini membeli buah tembikai susu elakkan memilih yang masih berwarna hijau kerana ianya masih muda.
 
 
 
 

Apa Faedah Mahir Memanah, Berkuda dan Berenang?

Rasulullah SAW menganjurkan agar ibu bapa melatih anak-anak supaya mahir dalam tiga perkara iaitu memanah, menunggang kuda dan berenang.  Pernahkah terfikir mengapakah Rasulullah mengajarkan hal yang sedemikian?

Sebagaimana sabda Nabi :
Rasulullah S.A.W. bersabda, “Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah”
[Riwayat sahih Imam Bukhari dan Imam Muslim]

Mari hayati faedah-faedah daripada ketiga-tiga kemahiran tersebut.


PENAWAR PUTUS CINTA ..


ASSALAMUALAIKUM ...

Dari semalam lagi Vee dah berfikir nak wat entry nih bila baca entry daripada salah seorang blogger .

CINTA itu datang dan pergi . 
Mencintai itu keperluan manusia tetapi jangan terlalu taksub .
Vee belajar dari pengalaman .
Bila kita serah cinta itu 100 % , hati kita akan hancur berkecai bila cinta tak kesampaian .

Maka lebih baik cinta sebelum kahwin itu berpada - pada . 40 % tuh pun dah memadai .
Malah lebih baik cinta padu itu Allah , selebihnya untuk diri sendiri dan lainnya untuk orang - orang disekeliling kita .
 
 

Maksiat Undang Bala Daripada Allah

SEJARAH membuktikan umat terdahulu dibinasakan Allah SWT akibat maksiat yang dilakukan. Iblis diusir oleh Allah daripada syurga kerana maksiat yang dilakukan. Begitu juga kisah umat Nabi Nuh yang tenggelam dilanda banjir juga kerana maksiat.

Firman Allah yang bermaksud: Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah dan Kami jadikan bumi memancarkan mata air-mata air (di sana sini), lalu bertemulah air (langit dan bumi) itu untuk (melakukan) satu perkara yang telah ditetapkan. (al-Qamar: 11 dan 12)


LIMA BELAS BUKTI KEIMANAN

Al-Hakim meriwayatkan Alqamah bin Haris r.a berkata, aku datang kepada Rasulullah s.a.w dengan tujuh orang dari kaumku. Kemudian setelah kami beri salam dan beliau tertarik sehingga beliau bertanya, "Siapakah kamu ini ?" Jawab kami, "Kami adalah orang beriman." 

Kemudian baginda bertanya, "Setiap perkataan ada buktinya, apakah bukti keimanan kamu ?" Jawab kami, "Buktinya ada lima belas perkara. Lima perkara yang engkau perintahkan kepada kami, lima perkara yang diperintahkan oleh utusanmu kepada kami dan lima perkara yang kami terbiasakan sejak zaman jahiliyyah ?" Tanya Nabi s.a.w, "Apakah lima perkara yang aku perintahkan kepada kamu itu ?"


Ketika usia 40 tiba

"Jika engkau telah berusia empat puluh tahun, maka segeralah untuk memperbanyak amal shaleh siang maupun malam. Sebab, waktu pertemuanmu dengan ALLAH 'Azza wa Jalla semakin dekat. Ibadah yang kau kerjakan saat ini tidak mampu menyamai ibadah seorang pemuda yang tidak menyia-nyiakan masa mudanya. Bukankah selama ini kau sia-siakan masa muda dan kekuatanmu. Andaikata saat ini kau ingin beramal sekuat-kuatnya, tenagamu sudah tidak mendukung lagi.
 
 

Cinta Sampai Ke Syurga


Bersumber dari Raja’ bin Umar An-Nakha’i, dia pernah bercerita: “Dahulu di kota Kufah tinggallah seorang pemuda tampan rupawan yang tekun dan rajin beribadat, dan dia termasuk salah seorang ahli zuhud.

Suatu hari pemuda itu singgah di kalangan kaum An-Nakha’ dan di sana dia bertemu dengan seorang gadis yang cantik. Sejak melihatnya pertama kali, dia pun jatuh hati dan tergila-gila oleh kecantikannya. Demikian juga si gadis yang merasakan hal serupa sejak pertama melihat pemuda itu. Si pemuda lalu mengutus seseorang untuk meminangnya, tetapi ternyata gadis tersebut telah dipertunangkan dengan putera bapa saudaranya.
 
 

Sabtu, 20 April 2013

DOA MENGUATKAN INGATAN

Abe sekadar berkongsi, untuk panduan dan rujukan bersama

 
 http://www.queachmad.com/

Dua Orang Inilah Penyebab Perang Dunia Ke-2 Tamat Dengan Dahsyat

Mungkin korang tidak kenal akan dua orang nie tetapi pasti korang pernah terbaca dan dengar tentang Pengeboman Hiroshima, Nagasaki yang menyebabkan banyak kemusnahan dan pembunuhan orang jepun. Dimana satu bandar Hiroshima dan Nagasaki di Jepun telah musnah dalam pengeboman atom oleh Amerika Syarikat pada Perang Dunia II pada tahun 1945. Siapakah mereka berdua ini?
Kalau korang nak tau dua orang individu didalam gambar diatas lah yang menyebabkan Perang Dunia Kedua tamat secara mendadak
 
 

Keunikan Laut Dalam

Keunikan Laut Dalam yang tidak dapat kita gambar, pelbagai hidupan yang pelik, unik, menakjubkan yang ada di dalam laut lebih-lebih lagi laut dalam memang tidak dapat kita gambarkan bertapa unik dan menakjubkan hidupan di dalam laut. Masih banyak lagi misteri yang belum diketahui tentang laut. Di bawah ini adalah satu contoh species yang unik untuk tatapan kita bersama. Check it out

Keunikan Laut Dalam 


Gambar Raksasa Plastisin Yang Comel

Monstruos de Plastilina  arte  animales  plástico 
Projek ni boleh kita  buat sambil bersantai dengan anak-anak kerana  memang baik untuk otot-atot jari anak yang baru mula belajar menulis
 
 

Species Burung Eksotik Benua lama P

Kali saya fokus kan pula post nie kapada Pencinta Alam Sekitar dan lebih khusus kepada penggemar dan peminat hidupan seperti Burung secara khususnya... Ramai juga jurugambar yang gemar mengambil gambar burung dan ia juga sudah dijadikan bidang kerjaya mereka..

Disini mari kita sama-sama lihat foto Species Burung Eksotik di Benua lama.. Cantik dan menarik


Spices Burung Eksotik Benua Lama   
 
 

Gelagat Tupai Comel Melakukan Tugas-tugas Seharian

Sebelum ini kami pernah kongsikan gambar gelagat kucing comel membuat kerja-kerja rumah, kali ini kami nak kongsikan gambar gelagat tupai comel pula melakukan tugas-tugas harian seperti manusia. Tupai yang diberi nama Mr. Peanuts ini adalah sama seperti tupai-tupai biasa yang pernah kita lihat. Tetapi oleh sebab sangat jinak, ia telah menjadi model comel yang melakukan pelbagai aksi yang sangat menarik dan menghiburkan. Semoga anda terhibur.
 
                                                  Jom layan telatah yang cute ini.


Kreatif dari buah-buahan : Lain daripada yang lain

Ok, Puan-puan dan Tuan-tuan semua, hari ni aku nak tunjukkan satu lagi hasil kreatif yang menggunakan buah-buahan, lain dari yang lain. Sila semua tengok bawah yer.. hehe

 
 

Tradisi Sumbat Hidung Elak Diculik Suku Apatani



Suku Apatani berjumlah kira-kira 60,000 orang ahli dan terkenal dengan aktiviti pertanian berkesan yang mereka lakukan tanpa bantuan haiwan atau jentera. Wanita Apatani yang tinggal di dataran Apatani India terkenal dengan tradisi menyumbat hidung yang mereka telah amalkan sejak zaman dahulu lagi.
 
 

10 Sebab Anda Gagal Menyelesaikan Tugasan Di Tempat Kerja Dengan Baik

 
 
Anda mungkin pernah mengalami masalah tidak dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh ketua dengan baik. Cuba anda semak kembali apakah faktor-faktor yang menjadi punca masalah anda itu, semoga dengan ini anda dapat mencari jalan penyelesaian bagi masalah anda itu.
 
 

Kebaikan dan Keburukan Rumpai Laut : Ibu Segala Kolagen

Rumpai laut yang dianggap 'ibu kolagen' mentah kini semakin popular dan ramai khususnya wanita mengambilnya untuk dijadikan makanan tambahan bagi menjaga kesihatan serta kecantikan. 



Khazanah laut pelbagai warna seperti hijau, merah, hijau biru dan perang ini boleh dimakan secara mentah, dimasak atau dikeringkan. 
 
Kebaikan dan Keburukan Rumpai Laut : Ibu Segala Kolagen

Rumpai laut mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta karotein serta protein yang tinggi bagi membantu mengekalkan kolagen dalam kulit," Dr Muta Harah Zakaria, Pensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, UPM.
 

Sejarah Mata Wang Dunia Yang Pelik dan Unik

Sejarah Mata Wang Dunia Yang Pelik dan Unik 
Sejarah wang merupakan suatu perjalanan cerita yang menjangkaui tempoh ribuan tahun dan pada hari ini kajian saintifik mengenai wang dan sejarahnya dipanggil ilmu numismatik.

Salah satu ciri mata wang atau duit ia mestilah sesuatu barang yang kurang penawaran atau sukar didapati. Banyak barang yang telah digunakan sebagai wang, daripada logam berharga dan cangkerang yang memang sukar dijumpai kepada rokok dan seterusnya wang yang dicipta manusia seperti wang kertas. Wang moden (dan kebanyakan wang purba juga) sebenarnya hanyalah sebagai simbol dalam erti kata lain, konsep abstrak.
 
 

Ibn al-Baitar - Pakar Botani Muslim

Assalammualaikum wbt kepada pembaca yang dirahmati Allah,
Ibn al-Baitar atau nama penuhnya Abu Muhammad Abdallah Ibn Ahmad Ibn al-Baitar Dhiya al-Din al-Malaqi adalah salah seorang saintis terulung Muslim Sepanyol. Beliau dilahirkan di sebuah kota dikenali Malaqa atau Malaga di Sepanyol pada akhir kurun ke-12. Beliau merupakan seorang ahli botani dan farmasi yang terkenal pada kurun pertengahan.

Bersabar Dalam Menghadapi Apa Jua Ujian

Bersabar Dalam Menghadapi Apa Jua Ujian
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Al-Baqarah - 155

Hidup di dunia tidak lepas dari ujian dan dugaan dari Allah. Itu sudah menjadi rencah kehidupan manusia. Ada dua jenis bentuk ujian buat manusia, ujian dalam bentuk kesenangan dan ujian dalam bentuk kesusahan.

Cuma, acapkali apabila disebut ujian Allah maka rata-rata manusia beranggapan ujian itu adalah dalam bentuk bala dan musibah. Ramai yang lupa akan ujian kesenangan yang datang dalam pelbagai bentuk kekayaan, kekuasaan, kesihatan dan bermacam-macam lagi.

25 Janji Allah Kepada Manusia Yang Sentiasa Beristighfar

Di zaman yang serba mencabar ini ada baiknya kita menjadikan Istighfar sebagai salah satu amalan kita, Untuk lebih membuat kita bersemangat melakukannya, berikut adalah huraian kelebihan dan manfaat dari berIstighfar.

Menggembirakan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, “Sungguh Allah lebih gembira dengan taubat hamba-Nya daripada kegembiraan salah seorang dari kalian yang menemukan untanya yang hilang di padang pasir.” (HR. Bukhari dan Muslim).
 
 

Di Suatu Subuh Yang Hening

Di Suatu Subuh Yang Hening

Pada subuh yang hening, ketika manusia lena diulit mimpi, sejalur cahaya indah terpancar nun di kaki langit. Sadik namanya, dan ia tersenyum memandang sekalian penghuni bumi yang sedang berdengkur. DAM! DAM! DAM! DAM!.

Beduk dipalu menyambut kedatangan sadik yang indah kemilau cahayanya. Pukul 6.00 pagi, berkumandanglah suara muazin di sebuah surau di selatan tanah air, mengejutkan manusia yang masih lena;

ALLAH MAHA BESAR! ALLAH MAHA BESAR!
ALLAH MAHA BESAR! ALLAH MAHA BESAR!
 
 

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...