Jumaat, 18 November 2011

Menara Lego Tertinggi Di Dunia... (",)

Salam...

Menara Lego tertinggi di dunia telah berjaya dibina menggunakan 500,000 kiub lego yang telah didirikan di Sao Paolo,Brazil. Struktur menara Lego yang tinggi ini terpaksa di sokong dengan wayar khas bagi mengelakkannya daripada runtuh dan kren terpaksa di gunakan untuk proses cantuman kiub-kiub Lego ini. Struktur menara Lego ini telah di bina oleh lebih 6,000 peminat LEGO yang majoritinya adalah kanak-kanak.

Pihak Lego kemudiannya menghantar pereka daripada Denmark untuk memastikan menara Lego ini tepat berketinggian 102,33 kaki. Cafu,bekas pemain bola sepak Brazil turut "turun padang" meletakkan kiub Lego terakhir pada menara ini. Menara Lego ini hanya 10 inci lebih tinggi daripada rekod menara pada tahun 2008 di Chile. Menara Lego pertama telah di bina di London pada tahun 1988 yang hanya berketinggian 50 kaki.





budakbotak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...