Jumaat, 18 November 2011

PUDING BALQIS

  
PUDING BALQIS takkala tekak perit dan keadaan yang kurang sihat ni dah pastinye teringin nak makan sesuatu yang lalu dingin jer kat laluan anak tekak kan.....nyaman serta nikmat jer rasanya.....maka inilah hasil dari keinginan orang sakit tekak serta demam le kunun².

Resepi yang mudah dan senang sangat nak buat, bahan² pun tak menyusahkan untuk mencari dan yang penting rasanya serta keenakkan menikmatinya seindah nama yang di beri...tak caye...???? kalau macam tu kena lah cuba baru tahu...bila dah makan...laju jer...hingga tak sedor dah abis sudah...!!!!!

Jom intai resepi hasilan skodeng kat blog Kak Noor ....senang jer...buat tau...rugi kalau tak cuba...!!!

Sumber Resepi :
Kak Noor Secubit Garam
Bahan-bahannya :-

1 paket agar2 serbuk - (10gm)
450ml air - 2 cawan
150ml susu cair
2 biji telur gred A
5 sudu besar gula pasir
3 sudu besar butter
1 sudu teh esen vanila
pewarna mengikut citarasa masing²

Caranya :-
  • Masakkan serbuk agar² dengan air dan gula hingga mendidih dan masukkan butter dan susu cair. Masak lagi hingga mendidih sambil dikacau.Masukkan vanila dan padamkan api. Biarkan seketika (lebih kurang 15 - 20 minit) sehingga agar2 suam2 panas.
  • Pukul telur hingga betul2 kembang (buang tali pusat telur untuk menghilangkan bau hanyir telur) dan masukkan adunan agar² kedalam bekas berisi telur td dengan perlahan2. Kacau hingga sebati.
  • Bahagi adunan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukkan pewarna yg disukai. Kacau hingga serata warna adunan puding tadi.
  • Sendukkan adunan puding ke dalam bekas atau loyang secara selang seli hingga habis. Untuk meletakkan lapisan yg kedua tu pastikan diletak perlahan-lahan di bahagian tepi dan jangan dibahagian tengah supaya ia tak terus masuk dalam lapisan yang pertama.
  • Sejukkan dalam peti ais sebelum menghidang. Selamat mencuba...!!!
  • ummiakid-lily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...