Jumaat, 18 November 2011

WOW!. BUAH TOMATO DIJADIKAN PIL RAWAT PENYAKIT JANTUNG!

Sekumpulan saintis mendakwa berjaya mencipta sejenis pil merawat penyakit jantung berasaskan buah tomato.

Pil yang dikenali sebagai Ateronon itu dipercayai mampu menghalang penyakit strok dengan bertindak membersihkan saluran arteri yang tersumbat akibat kolesterol.
Ubat itu didedahkan pada Persidangan Persatuan Kardiovaskular British di London.
Para saintis menjangkakan pil itu lebih berkesan berbanding penggunaan berjuta-juta ubat moden yang digunakan untuk merawat penyakit jantung.
Setelah melakukan kajian terhadap keupayaan perlindungan yang ada pada buah tomato selama empat tahun, para saintis itu akhirnya menemui sejenis kandungan kimia, Lycopene, di dalam buah tomato.
Bahan kimia itu bersifat antioksida terdapat pada warna merah pada kulit tomato dan mampu menghalang pembentukan kolesterol.
Seorang pengamal perubatan, Dr. Rob Hicks berkata, Ateronon mampu mengurangkan kerosakan saluran arteri yang menjadi penyebab berlakunya serangan jantung dan strok.
"Pil ini juga mampu memanjangkan jangka hayat manusia dan menyelamatkan nyawa secara global. Potensinya sangat besar," katanya
duniajunko

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...