Rabu, 6 Februari 2013

Sedikit Fakta Tentang Lanun..

  • Apabila penjelajah Portugis tiba di Laut Hindi, mereka turut berlagak seperti lanun. Sekitar tahun 1500-an, mereka merentasi Afrika dan tiba di India dan terus ke Timur Jauh. Penjelajah Portugis berlagak samseng di lautan luas dengan merempuh kapal pedagang Arab dan merampas kekayaan mereka.
  • Lanun terkenal, William Kidd adalah seorang pemburu lanun sebelum menjadi seorang lanun. Kidd ditugaskan untuk memburu lanun di Lautan Hindi pada tahun 1696. Namun beberapa bulan kemudian, Kidd menyerang kapal dagang dan bukan kapal lanun. Disebabkan kesalahan itu, Kidd ditangkap dan dihukum bunuh. Mayatnya digantung di Sungai Thames dalam sangkar besi selama bertahun-tahun untuk tatapan umum. 






William Kidd
William Kidd
  • Pulau Madagascar yang terletak di hujung Afrika adalah kawasan terpencil yang digemari oleh para lanun. Pantainya yang bagus serta hutan tebal di keseluruhan kawasan menjadi tapak terbaik untuk para lanun berehat dan menyembunyikan diri.
  • Kanhoji Angria adalah lanun di Laut Hindi paling digeruni. Angria membina rangkaian kubu yang kukuh di sepanjang pantai. Pengikut-pengikutnya ramai dan digelar ‘Angrian’.
Penduduk tempatan menyanjung Kanhoji Angria sebagai seorang hero rakyat kerana keberanian beliau menentang tentera laut British.
Penduduk tempatan menyanjung Kanhoji Angria sebagai seorang hero rakyat kerana keberanian beliau menentang tentera laut British.
  • Laut China Selatan adalah kawasan kegemaran bagi kebanyakan Lanun. Lanun daripada tanah besar China paling ditakuti di Laut China Selatan kerana keganasan dan gaya brutal mereka terhadap para pedagang yang diserang mereka.
Lanun China. Dirakam pada 1800-an.
Lanun China. Dirakam pada 1800-an.
  • Antara lanun daripada tanah besar China paling awal dan paling digeruni adalah Ching-Chi-Ling. Beliau mengelapai 1000 jong China sehingga menimbulkan rasa gerun kepada kebanyakan kapal dagang.
Jong milik Lanun daripada tanah besar China.
Jong milik Lanun daripada tanah besar China.
  • Lanun yang digelar Balanini adalah lanun daripada kepulauan Sulu. Mereka hanya berlayar dengan kanu kecil tapi sangat laju. Mereka akan menyerang pulau-pulau berdekatan dan menculik remaja lelaki dan dewasa untuk dijual sebagai hamba abdi.
Gambaran lanun Balanini
Gambaran lanun Balanini
  • Pada 1650-an, para lanun daripada pelbagai kawasan termasuk daripada Carribean dan Mediterenean menjadikan Port Royal di Jamaica sebagai syurga mereka. Port Royal mempunyai dok untuk membaiki mana-mana kapal lanun yang rosak serta pelbagai kemudahan lain termasuk bar dan pusat pelacuran. British adalah kuasa utama di Jamaica, namun tidak pernah cuba untuk menyerang atau mengacau lanun-lanun yang bersuka-ria di Port Royal.
  • Port Royal adalah tempat paling liar dan mewah pernah ada di dunia. Hampir setiap tempat di bandar tersebut dipenuhi pelacur dan lanun-lanun yang mabuk. Di sini, duit ‘hilang’ dengan pantas. Seorang lanun mampu menghabiskan wang mereka 3000 keping syiling perak dalam satu malam. Wang tersebut sama nilainya dengan poung sterling 45,000 pada hari ini.
  • Pada 1692, Port Royal dilanda gempa bumi yang dasyhat. Turut sama membinasakan bandar ini adalah tsunami sehingga menenggelamkan perlabuhan ini. Banyak bangunan runtuh sehingga memakan korban 4000 orang. Banyak pemerhati mendakwa ia adalah bala Tuhan terhadap mereka.
Gambaran Port Royal yang dilanda gempa bumi dan tsunami yang dashyat.
Gambaran Port Royal yang dilanda gempa bumi dan tsunami yang dashyat.
  • Seorang lanun wanita paling digeruni di Laut China Selatan adalah Ching-Shih. Ia bertitik-tolak daripada kematian suaminya pada 1807 dan kemudian mengambil alih tugas kapten daripada suaminya. Ching-Shih cukup kejam terhadap awak-awak beliau. Mereka wajib mematuhi setiap peraturan yang digaris olehnya dan sekiran melanggar salah satu daripadanya, hukuman bunuh menanti mereka.
  • Seorang lanun paling berjaya adalah Bartholomew Roberts. Beliau dikenali Black Bart. Kejayaan terbesar beliau adalah apabila berjaya merampas 400 buah kapal pada tahun 1720-an. Namun, apa yang paling hebat tentang diri Black Bart adalah beliau tidak pernah menyentuh arak apatah lagi mabuk.
Black Bart
Black Bart
  • Sikap disiplin Black Bart turut ditekankan kepada awak-awak beliau. Setiap orang daripada wajib mematuhi peraturan yang dibuat olehnya. Mereka tidak dibenarkan berjudi dan bergaduh di atas kapal. Lilin wajib dipadamkan pada 8 malam setiap malam. Sesiapa yang membawa perempuan naik ke kapal menerima musibah paling dasyhat iaitu samaada di hukum mati atau ditinggalkan di mana-mana pulau terpencil seorang diri.
takusahrisaublogsport

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...