Tiada lawatan ke Korea yang lengkap tanpa pergi ke Pulau
Nami. Itulah yang dapat saya taip di keyboard untuk post kali ini. Pulau Nami
menjadi destinasi idaman ramai setelah ianya menjadi lokasi penggambaran drama
sensasi Korea, Winter Sonata. Terletak 63 km dari Seoul pulau yang berbentuk bulan sabit
ini kelihatan seperti daun besar yang terapung di tengah sungai Han (wow, pulau
tengah sungai). Pulau Nami terbentuk melalui mendapan batu dan pasir di Sungai
Han manakala pembinaan Empangan Cheongpyeong mengukuhkan keadaan geografi pulau
di tengah sungai ini.
Pulau Nami berkeluasan 460000 meter persegi dengan ukur
lilit 5 km dipenuhi dengan flora dan fauna. Padang rumput dan taman pokok
cherry, deretan tulip, cherry dan pokok ginko, tupai melompat2 dan burung unta
pengintai di celah pokok, semuanya indah , harmoni dan menenangkan jiwa.
Bilakah masa yang sesuai untuk pergi ke Pulau Nami?
Apabila masa merangkak menghampiri April, Salji mula hilang
dan diganti dengan bungaan yang mekar menandakan spring fever melanda. Bunga
tulip pelbagai warna menjelmakan keindahannya.
Cherry Blossom @ sakura muncul pada waktu tertentu dan singkat (awal
hingga pertengahan april). Cuaca dingin nyaman dari 10 hingga 20 darjah
celcius. Musim bunga sehingga bulan Mei
Musim panas (Jun-Ogos) bukan masa yang agak sesuai untuk ke
Pulau Nami mahupun ke Korea. Suhunya panas dan mentarinya amat terik hingga
terasa bagai menggigit kulit. tapi bagi orang Korea dan warga negara musim
sejuk, musim panas adalah masa yang sesuai untuk melakukan aktiviti outdoor.
Ramai mengatakan masa yang paling
sesuai untuk melawat Pulau Nami adalah musim luruh (pertengahan
sept-awal nov). Daun bertukar kuning, jingga dan merah dengan keunikan
yang tersendiri. Suhu juga dingin dan nyaman jadi berjalan pun tak penat
sangat.
http://myfir2u.blogspot.com
apasal catatan ni sama dgn blog nih??
BalasPadamhttp://myfir2u.blogspot.com/2013/02/tempat-menarik-di-korea-pulau-nami.html