Sekadar Gambar Hiasan
Bidadari merupakan salah satu anugerah
Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita
yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2
kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua kepada segala
bidadari- bidadari).
Berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt
merupakan satu amalan yang akan menjadi kesukaan Allah swt dan ini
merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat r.hum.
Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya
dimanakah masa mudanya dihabiskan.
Rasulullah saw bersabda
“Tidak akan berganjak kaki anak Adam di Hari Kiamat hingga disoal tentang empat perkara: tentang usianya pada apa dihabiskannya, tentang masa mudanya apa yang telah diperjuangkannya, tentang hartanya dari mana datangnya dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah dibuatnya.”(Hadith sahih riwayat Tirmizi)
Ainul Mardhiah (bidadari untuk orang yang berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt.)
Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan. QS. ar-Rahman (55) : 58
Di dalam surga-surga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik. QS. ar-Rahman (55) : 70
(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah. QS. ar-Rahman (55) : 72
Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin. QS. ar-Rahman (55) : 74
‘Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari
yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud
mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi
memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk
berjihad/berdakwah untuk agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di
jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang
bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari2 syurga.
Mendengar berita itu seorang sahabat
yang usianya muda teringin sangat hendak tahu bagaimana cantiknya
bidadari tersebut,tetapi di sebabkan sahabat ini malu hendak bertanyakan
kepada nabi saw,kerana malu kepada sahabat-sahabat yang lain.
Namun dia tetap memberi nama sebagai
salah sorang yang akan keluar di jalan Allah. Sebelum Zohor sunnah nabi
akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi
juga turut bersama jemaah yang hendak berangkat tadi tidur bersama-sama
sekejap.
Tiba-tiba dalam tidur sahabat tersebut
dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu
dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang
berseri2,lalu di tanya sahabat ini ,di manakah beliau berada,lalu ada
suara yang menjawab,inilah syurga,tiba2 dia menyatakan hasrat untuk
berjumpa dengan Ainul Mardhiah (bidadari yang Nabi saw bagitahu
tadi),lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalanlah sahabat ini,
disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia
lihat kecantikan yang sebegitu,tak pernah dilihat didunia ini,lalu
diberikan salam dan sahabat ini bertanya, andakah ini Ainul
Mardhiah,wanita itu menjawab ehh tidakk(lebih kurang macam tu la dalam
bahasa kita),saya penjaganya,Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana di
sana.
Lalu dia berjalan dan memasuki satu
mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang
kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama tadi di lihatnya,
sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai,lalu diberi
salam dan di tanya lagi adakah ini Ainul Mardiah lalu wanita itu
menjawab,eh tidak, saya hanya penjaganya di dalam mahligai ini,Ainul
Mardiah ada di atas mahligai sana, lalu dinaikinya anak-anak tangga
mahligai permata itu, kecantikkannya sungguh mengkagumkan,lalu sahabat
ini sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang
berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari
yang kedua yang beliau jumpa tadi,dan tidak pernah di lihat di
dunia,lalu wanita itu berkata,akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan
untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku,bila lelaki itu mendekatinya
wanita itu menjawab,nanti kamu belum syahid lagi,tersentak daripada itu
pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan
segala-galanya kepada sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan
menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW,tapi sekiranya dia syahid
barulah di ceritakan kepada Nabi saw.
Petang itu pemuda itu bersama-sama
dengan jemaah yang terdapat Nabi saw di dalamnya telah keluar
berperang/berjihad lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang
tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak
berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu
makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi
telah bangun dan merapati nabi saw dan menceritakan perihal mimpi pemuda
yang syahid tadi.
Sahabat pemuda yang syahid tadi,dalam
menceritakan kepada nabi saw,Nabi saw menjawab benar,benar,benar
sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita
sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka
puasa di syurga..
Ainul Mardhiah adalah bidadari yang
paling cantik di syurga, kita hanya la manusia biasa takkan mampu kita
membayangkan nikmat-nikmat di syurga Allah.
.islamitusuci.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan