Rabu, 6 Mac 2013

Amy Search di tanah suci Mekah

1

Tatkala anak-nye dihiburkan dengan pelbagai ragam seperti berbikini di pulau dan berseluar short yang pendek. Amy Search bersama rakan artis yang lain pula mengerjakan umrah. Gambar penuh selepas ini.






Umum sudah mengetahui mengenai pemergian rockers lagenda negara, Amy Search yang pergi menunaikan umrah di Mekah akhir Februari lalu.

Jika di sini, anaknya Nabila Huda sering mencetuskan kontroversi dengan pemakaiannya yang seksi, ayahnya pula sedang taat beribadat di Mekah.

Itulah kata orang, iman tidak boleh diwarisi.

Melalui gambar di bawah, kelihatan juga Ustaz Akhil Hay yang turut sama menyertai rombongan umrah bersama penyanyi tersebut.

Semoga ibadah umrah mereka berjalan dengan lancar di sana.

1 

2 

3 

4 

5

mediamalaya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...