Rabu, 13 Mac 2013

Gambar 12 kereta kebal dan helikopter tempur ATM bakal tiba di Lahad Datu


Gambar 12 kereta kebal dan helikopter tempur ATM bakal tiba di Lahad Datu - Berikutan kematian dua tentera ATM semalam, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin telah mengambil tindakan drastik dan lebih serius dalam menangani saki-baki kumpulan pengganas Sulu yang masih belum menyerah diri. Difahamkan, 12 kereta kebal perisai berantai dan beberapa helikopter tempur Pasukan Udara Tentera Darat dan kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia akan tiba esok di Lahad Datu secara berperingkat.
 
 
 



Menurut Zulkifeli, langkah menguatkan pertahanan dan kawalan itu bertujuan menutup terus laluan kepada musuh daripada menceroboh ke negara ini sama ada di laut dan di darat.
"Pertambahan ini untuk meyakinkan rakyat bahawa kami mempunyai keupayaan dan kemampuan untuk menewaskan musuh," katanya pada sidang akhbar bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar di markas operasi Felda Sahabat 16.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...