Kalau
korang buat perkara-perkara seperti yang kitorang paparkan ini kat
bawah.. memang korang sengaha nak menempah maut la nampaknya! kot ye pun
nak membuktikan keberanian korang sekali pon, kan ke ada banyak cara
lain lagi yang lebih selamat dan berfaedah? Sehingga boleh masuk lagi
Guinness World Records ataupon Malaysia World Records.. Apa-apa hal pun,
baca je la artikel kat bawah ini.. aku pon malas nak cakap banyak..
Bermandi-manda Dekat Lubuk Phirana
Kalau rasa nak kaki, tangan dan seluruh anggota badan korang hilang, maka sila la mandi kat sungai yang memang terbukti sebagai lubuk phirana! Belum sempat korang nak berenang sahaja dan kena baham dengan phirana. Alamatnya nanti jadi bangkai ja la kat sungai itu.
Bercamping Dengan Singa Yang Tengah Mengamuk
Yang ini pun memang cara mudah untuk korang menamatkan riwayat korang dengan serta-merta dan sekelip mata. Dah tahu sang singa itu tengah dok mengamuk, apakehelnya korang pergi berkhemah pulak kat dalam kandang dia? Nak kena cakar? gigit? tidak pon korang teringin sangat dibaham singa.
Mendaki Gunung Berapi
Kata korang Gunung Kinabli dan Gunung Everest itu dah biasa dah orang daki serta membosankan! Apa kata cuba buat rekod baru pulak dengan mendaki gunung berapi yang tengah tunggu masa aje nak meletup. Tu Bukan rekod baru namanya tapi rekod kematian yang dituntut dekat hospital nanti! Belum sempat sampai puncak lagi korang dah lebur dalam larva gunung berapi yang hangat itu korang sangkakan sejuk!
Masak Nasi Menggunakan Periuk Api
Ha... kalau perbuatan ini memang takde amaran dah tubuh badan korang terus berkecai dengan rancaknye! Yang rajin sangat masak nasik guna periuk api itu sapa suruh? apa korang dah hilang akal ke? Memang le orang masak nasi guna perik tapi bukannya periuk api laa! Kononnya nak cipta kelainan la itu dalam sejarah dunia!
Buat Lawak Bodoh Dengan Pembunuh Bersiri
Korang memang nak kena bunuh la kalau korang dengan beraninye membuat lawak bodoh dengan seorang pembunuh bersiri yang kejam! Dah la buat lawak bodoh, korang siap tepuk-tepuk kepala si pembunuh bersiri itu lagi sambil gelak terguling-guling! Hmmm.. lepas ini tadah aje la badan itu untuk dilapah dan dikerat lima belas macam ayam kat shopping kompleks!
Kalau anda berjaya! Memang anda seorang yang paling digeruni serta respek akan diberi dengan tanpa segan silunye! Tetapi tidak berjaya! Jumpa lagi! hahaahha
http://shakroil.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan