Nama
saya Greg Sowden. Saya memeluk agama Islam pada tarikh 15 Disember
2001. Sebelumnya saya adalah penganut Kristian katolik. Setelah memeluk
Islam di usia 16 tahun saya memilih nama Ali Mahdi. Saya lahir pada
tahun 1985. Saya belajar di Universiti Wilfrid Laurier di Waterloo,
Ontario, Canada dalam bidang sejarah. Kampung halaman saya ialah Port
Dover, Ontario, Canada dan dibesarkan di ladang ayam dan lembu yang
berjumlah kira-kira 400 ekar.
Saya
menganggap diri seorang Kristian Katolik yang patuh. Setiap Ahad, saya
ke gereja dan tidak pernah mempersoalkan kepercayaan saya. Setiap kali
saya mendengar seseorang berkata tidak baik tentang agama Katolik, saya
akan berusaha keras untuk membuktikan mereka salah. Walaupun kini saya
sedar betapa masa itu pengetahuan sangat minimum.
Ibu
amat bimbang dengan diri saya. Dia merasakan saya telah menyimpang.
Saya melihatnya seprti dia merasa kehilangan saya. Kerana saya tidak
lagi pergi ke gereja bersama ahli keluarga yang lain. Dia terus
mengulangi betapa saya dulu gembira dengan agama saya. Jadi kini dia
hairan mengapa saya perlu menukar agama.
Saya
tidak bermaksud untuk menukar agama. Ketika membuat penelitian saya
membaca tentang Islam kerana minat pada Islam. Sejak usia muda memang
saya minat untuk belajar tentang agama dan budaya bangsa lain. Datuk
saya dari ayah mempunyai koleksi majalah National Geographic. Koleksi
dari tahun 1930-an. Saya banyak mencari isu-isu tentang Islam di sana.
Hal itu benar-benar sangat menarik perhatian saya. Tinggal di sebuah
bandar kecil membuat saya tidak mengenali orang yang mempunyai latar
belakang bukan Kristian. Akhirnya saya ingin tahu ingin tahu tentang
dunia luar.
Pada
tahun 2000, saya mula mencari orang dari pelbagai negara untuk
berkomunikasi dalam talian. Hal itu saya lakukan untuk belajar lebih
banyak mengenai orang lain. Di laman Penpal saya bertemu dengan Yahya,
seorang anak muda dari Kuwait. Saya mula bertanya padanya tentang banyak
hal berkaitan agamanya. Kerana saya memang tidak tahu berkaitan Islam.
Tidak terlintas juga dalam fikiran saya untuk memeluk agama Islam kerana
saya memang merasa puas hati dengan agama saya. Ketika saya mula
mengambil kursus bertajuk "Agama Dunia" di sekolah tinggi, minat saya
bertambah.
Dalam
buku teks saya disebutkan kedudukan Nabi Isa al-Masih dalam Islam dari
segi perspektif Quran. Saya tahu bahawa Nabi Isa as adalah seorang nabi
dalam Islam, tetapi saya tidak tahu betapa pentingnya dia. Saya juga
tidak tahu bahawa ibunya adalah Maryam yang dianggap sebagai salah
seorang daripada empat wanita agung dalam Islam!
Selepas
sekolah, saya pulang ke rumah mencari peranan Nabi Isa dalam Islam di
internet. Hebat Nabi Isa as membuka fikiran saya berkaitan dengan
perkara yang tidak pernah terlintas di benak saya tentang Kristian dan
Nabi Isa secara menyeluruh.
Semakin
saya mendalami tentang Nabi Isa dan keyakinan Islam semakin saya ingin
memeluk agama Islam. Maklumat yang saya dapati memberi keyakinan kepada
saya bahawa agama Islam adalah agama yang benar. Argumentasinya masuk
akal dan malah ada bukti Muhammad dan Islam dalam Injil!
Semakin
saya belajar dan menjadi tertarik dengan Islam. Saya menghantar e-mel
dengan rakan Kuwait saya dan memberitahu apa yang saya dapatkan.
"Mungkin saya perlu memeluk agama Islam setelah mengetahui lebih jauh
mengenai Islam," tulis saya kepadanya.
Saya
tidak bercadang untuk memeluk Islam cepat kerana itu merupakan satu
perkara yang sukar untuk saya lakukan tanpa wujud komuniti Islam di
tempat saya tinggal. Saya fikir hal itu akan lakukan selepas memasuki
Universiti. Kerana saya tidak boleh ke masjid. Saya memberitahu kawan
Kuwait saya, dan ia kata saya boleh saja mengucapkan kalimah syahadah
kepadanya.
Pada
tarikh 15 desember 2001 bertepatan 29 Ramadhan 1422, saya mengucapkan
kalimah syahadah melalui MSN Messenger. Dengan kalimah indah tersebut
saya menjadi seorang muslim!! Alhamdulillah! Segala puji bagi Allah!!
- terjemahan dari republika.co.id
Tiada ulasan:
Catat Ulasan